Powered By Blogger

Saturday, 10 March 2012

Indahnya Bila Diingati & Disayangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..haha..ni post kedua aku untuk tahun ni (2012).. Actually,aku tak ada mood nak post2 kat blog ni sebab aku lebih suka berfacebook lagi..hehe
Ok,berbalik pada topik kita..aku rasa korang memang dah boleh faham maksud aku kan..memang kita akan rasa indah,rasa happy bila kita diingati dan disayangi..betul tak?..

Ha,korang taw gambar apa tu?.. Of course,tu gambar yang berkaitan dengan perkahwinan kan?.. So,kat sini aku nak cerita something yang berkaitan dengan post aku ni..
Cerita ini berlaku pada hari Sabtu,bulan Februari..kalau tak silap aku,11/2..kalau tak silap ar..ok,aku nak pendekkan cerita sikit ea..erm,mase tu waktu petang dalam pukul 2 rasenye..mak aku ajak aku pergi kenduri kahwin..macam biasa,aku ni jenis suka pergi jalan-jalan..tak kira ar shopping,makan angin,nak pergi sungai,kenduri or anywhere asalkan tempat tu bukan tempat yang diharamkan Islam..hehe..so,aku pun pergi laa bersiap-siap..as usual,aku akan pakai baju kegemaranku..baju kurung biru muda tersarung indah di badanku..hehe
actually,aku tak tahu pun siapa yang kahwin..tapi,apa yang aku tahu majlis tu berlangsung di kampung *tutt*..sesampainya aku di sana,terkejut bukan main,apabila rupa-rupanya yang nak kahwin tu abang angkat aku..congrats ea.dah lama dah aku tak bertandang kat rumah ni..kali terakhir kakiku memijak di rumah tersebut adalah masa raya tahun lepas..hampir 5 or 6 bulan dah tak datang..tup2,abang angkat aku dah kahwin..so,bile dah sampai aku pergi laa ambil makanan..elok2,tengah aku berjalan..mak aku bersalam dengan seorang kakak ni..bile aku pandang kakak tu,rupe2nye kakak angkat aku..aku bersalaman dengan dia..pelukan yang diberi ku rasa begitu syahdu sekali kerana dah lama aku tak jumpe dengan dia..masa raya tahun lepas,dia tak ada kat rumah..so,tak dapat laa aku jumpa dia..dia tanya aku sekolah mane?.. kesihatan aku?.. and so on..caringnya akak..thank you..then,aku jumpa pengasuh aku yang sorang lagi..tapi,aku tak cam muka dia..mak aku sebut nama dia jew..aku lupa ar..sebab aku tinggal dengan dia sekejap jew..after that,elok2 aku nak ambil pinggan datang pula seorang mak cik ni..aku tersenyum padanya..tu laa pengasuh aku yang pertama..mak cik nor..lama dah tak jumpa dia..rindunya.. <3
ok,pendekkan cerita..selesai jew bersalam dengan semua pengasuh yang aku jumpa masa tu,aku pergi laa mengisi perutku ini..lepas tu,aku ikut mak aku pergi jumpa mak angkat aku kat dalam rumah..mak angkat merangkap pengasuh ku..hehe
masa aku naik tangga,aku terpandang laa seorang lelaki ini..dan kebetulan,dia pun pandang aku..aku renung dia..rasa cam kenal jew..tapi,siapa?.. muka dia ada mirip kawan aku,tapi tak mungkin tu kawan aku..tanpa aku sedari,adik aku cuit tangan aku.'eh,jom la masuk..mak dah masuk dah'..aku tersedar..cepat-cepat aku mengekori adik bongsuku itu..
bila aku keluar dar rumah tu,lelaki tadi dah tak ada kat situ..tapi,hatiku masih tertanya-tanya siapakah dia?.. bile aku selamat turun anak tangga,aku nampak seorang lelaki ni senyum kat mak aku..oo,abang angkat aku rupenya..mat amin.. :)
tapi,di sebelahnya ada seorang lagi lelaki...tu,lelaki yang aku terserempak tadi..dia senyum kat aku..mak cakap..'ingat lagi anak-anak cikgu ni?'..dua-dua lelaki tu,senyum..yang sorang ni,asyik tengok kat aku..siapa dia ni?..nak kata abang angkat aku,bukan..sebab,aku ada dua orang abang angkat jew..sorang,yang kahwin dan sorang lagi,mat amin..so,who is this guy?..senyum manis pelik jew kat aku..aku balas senyumannya itu..ttiba trlintas kat fikiranku...
'ALIFF'..yup,tu alif..bru aku ingat..sebab tu,aku nampak dia tu macam kawan aku..school boy..yup,aliff dah besar skarang..makin ensem pun ade..trlintas jew nama dia kat fikiranku,teus aku senyum manis kat dia..apa punya kakak angkat laa aku ni..adik angkat sndiri pun lupe ea?.. teruknya aku..sebab tu tadi,dia pun tenung aku semacam jew..aliff,aliff..sowi,aku lupe kau..ye laa,dah lama tak jumpa..tiap kali raya jew,msti kau tak de kat umah..so,camne aku nak ingat muka kau..hehe
balik jew rumah..aku rasa happy sangat2 sebab hari tu aku jumpa pengasuh2 aku yang jaga aku masa kecik,jumpa adik bradik angkat aku dan yang paling penting aku jumpe seorang lelaki yang aku tak kenali dan sekarang aku dah ingat dia.. :)
ok..thats all~ tak nak ah aku cerita panjang2 sebab aku tak suka buat long story..hehe
so,nasihat aku kat korang semua ialah..korang kena ingat semua orang yang penting dalam hidup korang..tak kira ar sape2 pun..tapi yang paling penting,korang ingat diorang dan sudah tentu diorang pun akan ingat korang..dan aku rasa korang pun mesti rasa happy bila korang diingati dan disayangi kan?..so,renung2kan dan selamat bermal.
p/s: jgn jadi mcm aq dh ar..adik angkat sndiri x igt..tp,lastly,ingat jugak..klu aliff bce citer aq ni,..aq x taw laa apa yg jadi..huhu..msti dia trase sbb aq x ingat dia..haha
^_^

memory~ntah-ape-ape-aku-ni

selamat pagi semua..cuba korang tengok sekarang pukul berapa?..dah nak masuk pukul 2 kan?..ok,tak kisah ar pukul berapa pun sekarang..hehe..aku sanggup korbankan masa tidurku untuk aku berblog sekejap..hehe
berbalik pada tajuk kita kat atas,MEMORY..korang taw kan apa yang dimaksudkan dengan memory kan?..aku rasa sayu dan sedih taw kalau ada orang mention pasal last year in school..aku tak nak tinggalkan sekolah..aku nak stay jadi school girl..taun ni,memang last year aku kat sekolah ni..so,aku rasa sedih sangat2..ye laa,last year..sape tak sedih kalau tu taun last nak tinggalkan sekolah yang tersayang,sekolah yang banyak meninggalkan kenangan untuk aku..sekarang ni pun,kalau teringat zaman sekolah rendah,aku rasa nak balik semula kat sekolah tu sebab banyak sangat kenangan aku masa kecik2 dulu..sekarang,dah besar pun,masih ada jugak kenangan yang tercipta..ye laa,taun ni aku dah tak sekelas dengan bff aku,dengan geng2 aku..aku dah berpisah..kadang2,bile jumpe pun tak sempat nak sembang lame2..sebab ape?.. sebab masing2 dah ada hala tuju masing2..masing2 dah busy dgn kerja masing2..ye,aku paham korang..dan aku harap korang pun sama dengan aku..berpegang pada prinsip aku..iaitu..'sekali berkawan,kite tetap kawan,tak kira ar kite berlainan kelas hatta berlainan negara sekalipun'..kadag2 aku rasa tak selesa bile korang dah tak ada di sisi aku..aku rasa kesunyian..walaupun,jauh di sudut hatiku,yang mengatakan korang mesti tak rasa apa yang aku rasa kan?.. sebab korang masih ada geng lagi..aku?.. aku tak de sape2 yang boleh jadikan geng..tapi,aku cuba untuk brgurau senda dgn kwn2 aku yang baru ni..aku try tapi diorang tak macam korang..korang the best among the best..aku sedih sekarang..entah kenapa laju jew air mataku mengalir seperti air hujan yang turun sekarang bila terkenang akan kawan2 aku..huhu

ok,aku tak nak sedih2..aku kena kuat.yang aku taw,setiap apa yang terjadi,pasti ada hikmah di sebaliknya.. :)

nanti,kalau aku ada masa aku akan cerita semua kenangan aku..kenangan pahit manis aku,suka duka,riang tawa aku bersama teman2 di sekolah..tapi,aku tak janji ar bile sebab aku jarang berblog..nanti aku edit semua kenangan yang dah pernah aku tulis,tapi aku hanya save jew..haha..
jap,aku nak post entri baru plak ea..hehe..tunggu taw..
~gud nite semua..mimpiyang indah taw..

Wednesday, 14 December 2011

lovely one..

hai,everyone..hah!!korang nak taw siapa yang aku love sangat?jom kita ikuti post kali ini..hehe

ha!meh sini aku nak kasi taw siapa dia..

nah,inilah dia..anas naufal.. :)



ha..cute tak my lovely?? cute kan.. aku suka sangat anas..aku sayang anas!!
sekarang ni,rindu aku kat dia semakin membuak-buak taw..ye laa,dia dah pulang ke tempat asal dia pada hari sabtu ari tu..10/12/11..baru empat hari,anas tak ada kat terengganu,tapi rasa macam dah lama anas tak pulang sini..hehe
berita terbaru pasal my lovely ni,dia dah pandai senyum bila umi dia tunjuk gambar aku dan adik-beradikku..pandai anas senyum bila tengok wajah kita orang..thanx,my nephew..love you!!

kalau korang tengok gambar dia kat atas tu,dia tengah pegang apa?
ha!!mat sudu betol laa hang ni..awang sudu..awat hang suka sangat sama sudu no?
aku pun tak taw kenapa..tapi,yang pasti kalau dia menangis or merajuk..just bagi sudu kat dia..mesti dia senyap punye..satu lagi..banyak cara nak pujuk dia kalau dia buat hal..
1. bagi sudu
2. bagi tengok kucing ( dia suka tengok kucing beraksi)
3. bagi tengok ikan dalam kolam or dalam akuarium..
  tapi,yang paling dia suka tengok ialah ikan keli dalam kolam..sebab dapat tengok dari atas..
4. korang geletek dia
5. korang bagi dia tengok tv..
  anas suka tengok iklan..especially iklan berkaitan baby..( susu,shampoo,pampers n etc.)
6. korang buat dia memusing..pasti dia suka..hehe
dan banyak lagi sebenarnya..so,kalau akak nak suruh aku jaga anas,takde masalah laa..aku boleh handle mat sudu ni..hehe.. (suka ati jew panggil mat sudu..huuhu)

kalau anas balik kat terengganu,memang tak cukup tangan ah pegang dia..nak buat macam mana,ramai sangat mak saudara anas..hehe
anas the cute,kami tunggu kepulangan anas taun depan taw..arap2 nanti anas dah boleh berlari..boleh main kejar-kejar dengan kita orang taw..hehe

^_^

Thursday, 24 November 2011

love malaysia

huh!!dah 2 bulan aku tinggalkan blog..hehe..aku berjaya jugak tak buka blog walaupun hanya dua bulan..so,lepas ni kalau aku tak buka blog satu tahun pun,kirenye ok laa tu..hehe
ok,kita berbalik pada tajuk hari ini,malaysia boleh!!
kalau korang semua nak tahu,aku memang minat sangat2 tengok bola..dan minggu ni aku beruntung sangat2..sebabnya aku dapat tengok bola kat astro arena..mana tak happy..sebab selama ni kalau bola tak ditayangkan kat rtm dan tv3,aku laa orang yang pertama frust sebab tak dapat tengok bola..so,bile aku stay kat setiu,umah mak saudara aku,dapat laa aku tengok bola..jom ikuti cerita aku yang mungkin panjang lebar ini..haha
masa indon vs malaysia,hari khamis kalau tak silap..aku orang first yang terpacak depan tv..hehe..kemudian,tengok ramai2 dengan abang,ayah,mak,sepupu2 aku,mak saudara dan ayah saudaraku..masa mula2 tu,permainan agak slow tapi aku masih terus menyokong except sepupu aku sorang ni..bile bola yang disepak oleh pemain malaysia tak masuk gol..mulalah dia cakap yang dia ni tak mengaku rakyat malaysia..dan bila malaysia mendapat satu gol,baru laa dia bersemangat balik..berat ngguh sepupu aku sorang tu..langsung tak sayang malayasia..sepatutnye,walau apa pun yang terjadi,kita patut terus menyokong malaysia..macam aku,kalah ke manang ke,malaysia tetap di hatiku.. <3
masa petang ari sabtu kalau tak silap aku..malaysia vs myanmar..masa tu aku tengok dengan abang dan sepupu aku..kirenye 3 orang jew laa..haha..nasib baik masa perlawanan tu,sepupu aku tu tak banyak cakap..maybe sebab masa tu petang kot..haha..abang jew sama dengan aku..terus menyokong dan menyokong..tapi,abang benci fakri..huhu..sama cam sepupu aku tu..hehe..alhamdulilah,kita berjaya menewaskan myanmar..
malam kemuncak masa ari isnin malam..macam biasa,aku akan terpacak awal2 depan tv..tapi masa tu,tak start pun lagi..so,ayah aku tengok berita kat tv3 dulu..pembaca berita pakai baju sukan malaysia lagi..wow!!semangat betol..sama macam sepupu aku tu..tiap kali malaysia akan berlawan,dia akan pakai baju malaysia yang warna kuning tu dan yang warna biru..dan memang aku tahu,sepupu aku tu,memang banyak baju sukan malysia..haha..patriotik betol!!


masa malam tu,paling aku frust sebab masa minit ke-5 indon dah dapat satu gol..fuh!!macam mana nasib malaysia ni..berdebar gilerr aku..tapi,aku yakin yang malaysia mampu mendapatkan gol jugak..so,akhirnya gol berjaya disumbat oleh asra..GOL!!Yeah,Malaysia GOL!!teriak ku dan yang lain2.. :)
last2,seri..aku tak berapa nak yakin yang malaysia dapat sumbat satu gol lagi..sebab malaysia dan indonesia lebih kurang hebat jew..hehe..last2,gol penalti..4-4..dan yang terakhir,baddrol bakhtiar as a kapten..dan GOL!!caya laa baddrol..tapi,lepas tu semua pengadil berbincang sesama mereka..macam tak berpuas hati jew..itu kenyataan!!terima jew laa yang indon kalah di tangan malaysia..hehe
aku masih lagi belum mengantuk..aku tengok diorang naik pentas..tahniah buat pasukan harimau muda..harimau malaya pun sama..dua2 harimau tu,terbaek!!
tahniah buat jurulatih harimau muda,ong kim swee..dan barisan2 pemain..kapten:baddrol bakhtiar,muslim,asra,nazmi faiz,guru,thamil,fakri,mahali,zubir,yong,penjaga gol:khairul fahmi dan yang laen2 yang aku tak sebut..tak ingat laa..tapi,korang di hatiku..skuad harimau muda berjaya menunjukkan taringnya..haha..paling aku bangga dan tentunya semua rakyat malaysia berbangga kerana mempunyai penjaga gol yang terbaik..apek is the best among the best..hehe..
k ah,aku rasa ampai sini jew kot..dah panjang sangat ni..aku bukannya nak buat esei pun..hehe
lastly,congrats to all..aku bangga jadi rakyat malaysia..dan aku harap korang semua boleh buat macam nazmi faiz,sanggup main untuk negara walaupun spm sedang berlangsung..bagus ah!!
I LOVE MALAYSIA!!

Thursday, 15 September 2011

yesterday story...2

pagi-pagi lagi,aku dan kawan-kawan masuk makmal bio untuk operate katak...teacher bagi glove untuk setiap group..group aku dapat tiga jew..so,aku jew laa yang tak pakai..biar laa,kawan-kawan aku yang pakai,aku tengok jew..erm,masa diorang prepare apparatus,aku pergi kat depan..saje nak tengok group lain..aku berdiri kat tepi aimi..masa tu,aimi nak letak kloroform kat katak tu,aku tengok jew laa..dee pegang katak..masa kloroform dah sampai kat nostril katak,katak gelepar dan aimi terkejut dan tiba-tiba....ade something masuk ke mataku...auch!!!pedihnye!!teriakku..aku memejam mataku..masa tu,hanya Tuhan yang tahu betapa pedih dan sakitnya mataku ini..tiba-tiba,aku rasa ada someone yang pegang aku dan bawa aku ke sinki..aku dengan segera menghulur tanganku untuk menyapu mataku..aku dengar suara teacher hampir denganku.."jafni,ok tak?tak ade apa-apa kalau kena kloroform",kata teacher..masa tu,aku still tak buka mataku..masa tu yang terlintas kat fikiranku hanya mataku masih lagi berfungsi..tiba-tiba,teacher suruh buka mata..dan masa tu,aku perlahan-lahan membuka mataku..aku nampak teacher dan rakan-rakan kat depanku..tapi,macam kabur-kabur jew..selepas aku pejam celik beberapa ketika,baru ok sikit..ngerinya aku rasa..takutnya aku..takut-takut,kerana kloroform boleh membutakan mata..tapi,teacher cakap kloroform tu dah lama..lagipun,kalau kena kat hidung,baru pengsan..after that,ok jew laa..tapi,aku tak sangka jadi camni..gara-gara katak ah ni..hehe..sampaikan budak lelaki pun tahu..malunya aku..tapi,lantak laa..sebab kalau korang kat tempat aku,confirm korang akan lakukan perkara yang sama..hehe
story ini mengingatkan aku tentang saat cemas masa aku lemas...ngerinya aku rasa walaupun masa tu,aku baru darjah 2..haha
k laa..sampai cni aje...

Wednesday, 31 August 2011

1 syawal..

1 Syawal merupakan hari raya puasa or hari raya aidilfitri bagi seluruh umat Islam..pagi-pagi bangun solat subuh..lepas tu,tolong mak kat dapur..lepas adik-adik aku selesai mandi..turn aku pula masuk bilik air..kul 8.30 bertolak ke masjid dengan kakak-kakak aku..wow!!ramainya manusia..sampai kat tangga..so,aku terpaksa laa solat hari raya dekat dengan tangga..takut jugak aku..takut jatuh ke belakang..tak pasal-pasal tergolek atas tangga..huhu
kul 9.30,kitorg pulang ke rumah..siap-siap untuk beraya..selesai bersantap,aku dan adik beradikku bersalam-salaman..bila bersalam dengan kedua orang tuaku,tetiba air mata mula membasahi pipiku..entah laa..aku rasa banyak sangat kot dosa..sebab tu,menangis..haha
yang lain steady jew..haha..then,bergambar dengan family..
ada satu incident yang berlaku sehinggakan aku mengalirkan air mata buat kali kedua..lepas tu,tetiba mood nak beraya hilang..bila pergi beraya kat umah nenek aku,aku macam tak rasa pun yang hari ini hari raya..bila sepupu aku tegur pun,aku macam malas nak layan..haha
tu la padahnya..sape yang suruh hang nangis pagi2 raya ha??
bila tengah hari,pulang ke rumah..aku pula beradu buat seketika..petang pula,gi jalan-jalan kat umah tok sedara aku..habis 3 rumah,pulang ke rumah sebab dah lewat petang..malam just duk kat umah..tadi tengok upin ipin dan nur kasih the movie..best2..erm,nur kasih,best..cuma,jalan cerita dia slow ah..lagipun,ending dia aku tak berapa nak suka..kenapa adam mati??sedihnya aku..huh
hari ini macam tak ada mood nak raya..tak taw kenapa..haha..esok2,,baru ada mood kot.. :)
erm,hari ini genap sudah umurku 17 tahun mengikut kalendar Islam..besar sudah..huhu
syawal..syawal..hehe
arap2 ari esok lebih baik dari ari ini.. :)

Monday, 29 August 2011

terawih terakhir..

malam ini merupakan malam yang ke 29..last terawih..esok tak ada dah..pukul 7 tadi,akak aku sampai..berbuka sama-sama..bila masuk waktu Isya',aku ajak akak aku yang duk kat UPSI..'jom gi terawih'..then,akak aku yang duk kat IPGM Sultan Mizan,Besut dan adik aku pun nak ikut jugak..azan sudah habis berkumandang..'eh,jom laa..dah lewat dah ni..',kata akak aku..aku pun pergi dengan akak aku..lagi dua orang..dia pergi sendiri nanti..happy nya hari ini..sebab tak ada orang laki yang lepak kat tepi jalan tu..lega sikit..hehe
aku menghamparkan sejadahku di sebelah seorang mak cik..tiba-tiba dia herdik aku.."jangan rapat-rapat sangat..tak muat nanti"..terkejut aku dengan herdikan tersebut..sedangkan sejadah aku tertindih sikit sahaja dengan sejadahnya..aku rapatkan diriku dengan akak aku kat sebelah..selepas selesai solat Isya',aku menadah tangan untuk berdoa..tetiba,kedengaran suara-suara yang sedang bercakap..aku tak paham laa..kenapa susah sangat nak diam..sekejap sahaja..bukannya lama sangat pun..pasal kes mak cik tadi..dia marahkan aku sebab aku rapat dengan dia..tak ke pelik tu??bukannya dia marahkan aku sebab aku tak rapat saf dengan dia..pesal susah sangat mak cik2 nak rapat-rapatkan saf..susah sangat ke??satu kes lagi..kenapa mak cik2 susah sangat nak penuhkan saf depan..sampai awal pada aku pun,masih duduk kat belakang..bila iqamat berkumandang..bukannya nak penuhkan saf depan..masih duduk berteleku di situ..tak paham betul aku..kalu aku tegur,lain pulak jadinya sebab aku pernah tegur budak yang lebih tua pada aku..tu pun tua dua or tiga tahun jew kot..last2,dia buat tak taw jew apa yang aku cakap..kurang asam betul..
selesai terawih,pulang ke rumah macam biasa..then,aku bermain dengan nephew aku ni..buas betul mamat ni..tak reti nak duk diam..pe2 pun,aku still suka jaga dia coz aku suka budak...itu laa cerita pasal terawih terakhir ku pada 2011..tak puas hati betul aku dengan mak cik tu7..huhu
pe2 pun..aku nak tido dulu..its so late now..ok..