Powered By Blogger

Friday 28 December 2012

sahabat~

assalamualaikum dan selamat malam.. :)
pada malam ini aku sekadar ingin berkongsi satu artikel yang aku baca dalam satu risalah Islam.. ye laa,aku dah tak ada idea dah ni..asyik-asyik cerita benda yang sama jew kan..bosan~
jom kita ikuti artikel yang bertajuk : KERANA DIKAU SAHABATKU

Apabila berbicara mengenai sahabat, pastinya semua insan inginkan sahabat yang dapat memahaminya, setia dalam suka mahupun duka dan pelbagai lagi kriteria yang ditetapkan bagi menjadi sahabat yang baik. Namun, pernahkah kita lihat pada diri kita sendiri. apakah kita sendiri sudah cukup memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan itu?

Maka, di sini saya ingin mengajak anda semua untuk merenungi satu perkongsian mengenai persahabatan.

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri. Tetapi dalam bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nantikan kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.



Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk dia bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia.

Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...


 Kalau kita faham bahawa ukhuwah tertinggi adalah itsar (melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, nescaya semua orang akan menjadi sahabat yang baik, tiada rasa iri hati bahkan sentiasa menginginkan kebaikan untuk sahabatnya.

Namun, apa yang paling penting ialah kita dapat mencari seorang sahabat yang dapat mendekatkan kita kepada Allah S.W.T, bukannya mendorong kita ke arah kemurkaan Allah..

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika kita tersalah memilih sahabat, kita akan merana dan menerima padahnya. Ini selari dengan hadis Rasulallah SAW yang bermaksud:

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya. Oleh iti, hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya"    (Hadis riwayat Abu Daud)

Maka,sama-samalah kita mencari dan menjadi sahabat yang baik.. Wallahua'lam~

p/s: terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku, rakanku, temanku, classmateku n so on... thanks for everything friends..sorry for everything..and please remember that we always be a friends....

kerana Allah kita bersahabat..jangan lupakan aku taw.. :)
may your life be blessed,friends.. i love all of u..thanx for being my friend~

wassalam~

Thursday 27 December 2012

kenangan terindah 1~

assalamualaikum semua..tanpa kita semua sedari, minggu depan dah masuk tahun baru kan..sekejap jew masa berlalu..begitu pantas..pejam celik jew, dah nak habis tahun 2012 kan..so,mesti banyak kenangan yang terukir dalam tahun tersebut kan..jom,ikuti kenangan yang pernah aku lalui pada zaman sekolah rendah..nanti,aku kongsi kenangan sekolah menengah pulak..ok.. :)

hmm,sekarang kita mulakan dengan darjah 1,ok.. kenangan yang takkan ku lupakan ialah beg aku rosak disebabkan seorang budak ni..sakit hatiku dibuatnya..begini alkisahnya.....

masa tu waktu nak pulang dari sekolah..macam biasa,aku keluar dari kelas..tiba-tiba ada la budak kelas aku ni panggil aku..aku tanya la dia..

aku : nak ape?..
dia : nak duit sikit boleh?..
aku : tak boleh..
dia : boleh laa..eh,kau anak cikgu kan?..
aku : kenapa?
dia : jawab laa..aku tanya..

aku angguk jew laa..malas dah nak jawab..lepas tu,dia mintak duit dengan aku..aku cakap laa yang aku tak ada duit..memang duit aku dah habis dah masa tu..memang tak tipu pun..tapi,dia tak percaya..aku seluk tanganku ke dalam kocek bajuku..memang kosong..tak ada duit satu sen pun.. disebabkan aku malas nak layan budak lelaki tu,aku pun beransur-ansur mengundurkan diri darinya..belum sempat aku nak lari,dia capai beg sekolah aku..terkejut sangat-sangat waktu tu..aku pun suruh laa dia lepaskan beg aku.. dia tarik beg aku dari belakang..so,aku memang tak boleh nak bergerak selagi tanggannya masih terlekat pada beg sekolahku.. "woi,lepas laa!! sakit tahu tak.." tapi,dia buat tak tahu jew waktu tu..masa tu,aku rasa macam nak nangis dah..ye laa,sebelum ni tak ada pun orang yang buli aku..aku takut!!

sudah puas aku pujuk dia supaya lepaskan pegangannya pada beg aku..tapi,dia tak nak..selagi aku tak bagi duit kat dia..lastly,aku nekad..aku kena lawan dia..masa tu,memang aku nak larikan diri dengan menggunakan sepenuh tenaga aku..tapi,hampeh!! tak berjaya..akhir sekali,aku nampak mak aku,on the way nak masuk kereta..so,dia terpaksa lepaskan aku..bila sampai jew kat rumah,aku baru perasan beg aku rosak..angkara mamat tu!! sedih sangat-sangat..aku bagitahu kat mak aku..



keesokannya,mak aku datang kat kelas aku..cari budak lelaki tu..mak aku maki hamun dia..mak aku suruh dia janji jangan kacau aku lagi..mak aku tarik telinga dia sebagai balasan dia tarik beg aku..merah padam telinga dia..kesian.. :(
lepas kejadian tu,tak ada siapa yang berani kacau aku..happy sangat-sangat..

kenangan yang seterusnya ialah ada budak lelaki sorang ni,suka sangat kacau aku..dia suka usik aku..usik yang macam mana?.. dia usik aku dengan menunjukkan buku lalinya yang boleh bergerak tanpa menggerakkan kakinya..tapi,aku geli sangat-sangat..aku tak suka dia buat macam tu..
hmm,yang aku tak suka tu la yang dia suka buat..suka sangat usik aku..kalau free jew,mesti dia panggil aku..nak usik aku..agak-agaknya,sekarang dia nak usik aku macam tu lagi ke?.. dah besar,tak mungkin.. :)

aku rasa sampai di sini sahaja coretanku..jumpa di lain coretan..mata ni dah mula layu dah..good nite buat semua..have a sweet dream.. wassalam~

Wednesday 12 December 2012

3 hari 2 malam

Assalamualikum buat semua.. hmm,dah berapa lama ye aku tak update blog..rasenye dah berbulan-bulan dah kan..ye laa,aku busy tahun ni..almaklumlah,tahun ni kan aku ambil spm..so,kena serius sikit bile belajar..tak boleh main-main dah..dan memang aku dah janji dengan family aku especially my parents and brother : aku takkan buke fb and maen blog lagi selagi spm tak habis.. janji ni dah termaktub sejak bulan jun yang lalu..dan aku berjaya tunaikan janji aku dengan baik sekali.. :)

habis spm bagi student sekolah aku ialah pada 5hb 12..keesokannya,kami tetap kena pergi sekolah untuk hantar buku teks..7hb, bermulalah holidayku 3 hari 2 malam bersama family tercinta..

so,macam biasa destinasi aku sekeluarga ke Perak Darul Ridzuan..pergi ke rumah Kak Long aku..hmm, jom ikuti percutianku selama 3hari 2malam ini..

pagi,7hb Disember 2012..jam 7pagi..
barang-barang yang hendak dibawa dah dikeluarkan..semuanya dimasukkan ke dalam kereta milik ayah and abang..kedatangan atuk dan nenekku yang ditunggu-tunggu selama beberapa minit telah muncul jua..lebih kurang jam 7.30pagi, kami sekeluarga bertolak ke rumah saudara kami di Setiu..aku,kakak ipar,nenek and atuk naik kereta yang dipandu abang..yang selebihnya, naik Proton Exora yang dipandu ayahanda tercinta.. setibanya di rumah mak sedare aku,kitorang sembang-sembang,makan-makan.. tepat jam 8.45pagi,empat buah kenderaan bergerak seiring..kereta ayah,abang,pak sedare aku yang Setiu,and pak sedare aku yang duk kat Tok Jiring..

aku,adik,sepupu aku,kakak ipar and abang masing-masing buat bising dalam kereta..duk sembang-sembang..bila masuk jew negeri Kelantan,mata aku dah start mengantuk dah..tanpa mempedulikan sesiapa,aku terus tidur..bila terjaga, aku lihat pemandangan di kiri dan kanan jalan..sekali sekala, aku lihat sepupu aku yang enak dibuai mimpi..adik masih belum tidur lagi..sama macam abang..

hmm,bila ada sebuah kereta yang ketinggalan jauh di belakang,3 kereta di hadapan akan menunggu.. kereta yang aku naiki tak pernah ditunggu oleh sesiapa..tapi,kami yang menunggu diorang..almaklumlah, diorang ada anak kecil yang nak dijaga..macam-macam ragam..muntah la,pening la,mabuk naik bukit n so on.. selepas meredah negeri Kelantan,jeli..kita daki bukit la pulak..naik bukit Gerik..melalui banjaran Titiwangsa.. hijau pemandangan di kawasan bukit..indahnya ciptaa Tuhan..

pendekkan cerita..setelah 9jam perjalanan,kami sampai ke rumah akak..namun,tiada orang di situ..aku cepat-cepat call akak..
"kitorang dah sampai ni..akak gi jalan mane?"
"ha,dah sampai ke?.. ingatkan lambat lagi korang sampai.."
ku lihat kelibat seseorang yang berjalan menuju ke arah kami..dengan segera, ku hulur tangan untuk mendukung baby boy aku,my nephew.. :)

cepat-cepat anak sedare aku peluk aku..seriusly,aku rindu dia!! then,kami rehat-rehat..almaklumlah,semuanye penat especially 4orang driver..ayah terus tergolek atas lantai..abang dah start rasa penat..wife dia urutkan kepala dia..sian kat abang..malam tu,tak jalan kat mane-mane pun..just relax..

pagi,8hb, sabtu..lepas sarapan,pakat tengok tv jew..lebih kurang kul 11lebih,abang ipar aku ajak pergi jalan-jalan..excited bukan main kami semua..perjalanan jauh yang teramat..dalam kereta,aku,abang dan kakak ipar masing-masing berteka-teki ke mana abang ipar aku nak bawa kami..Bukit Larut? Bukit Merah? Zoo Taiping? Tasik Taiping? Lost World of Tambun? apabila signal dari kereta Sylphy milik abang ipar aku berkelip, menandakan kereta tersebut akan masuk ke simpang di sebelah kiri..cehh!! nak pergi kat rumah baru jew rupanya...jauh gilerr perjalanan..hmm,tengok jelapang padi yang berhampiran dengan rumah baru milik abang ipar and kakak aku.. beberapa minit kemudian, kami bertolak tapi entah ke mana..almaklumlah kami ibarat rusa masuk kampung..mana la taw jalan-jalan kat perak ni..hatiku berdetik bahawa jalan yang dilalui bukan jalan nak pulang ke rumah..hmm,abang ipar bawa kami ke sekolahnya.. hmm,buat apa kalau setakat nak kenal sekolah..tak de faedahnya..aku and the geng dalam kereta abang dah start tunjuk muka bosan..menyesal aku ikut diorang..kalau tahu,abang ipar aku nak bawa kenal-kenal camni,baik tak payah..baik aku duk rumah,layan anak sedare aku..tengok tv,tolong mak masak..rezup taw tak!!

dalam kul 1 kami sampai ke tempat asal,rumah kakak..terus jew ngadu kat kakak and mak kat umah..abang dah start pening..bad mood dah!! disebabkan rezup,lepas makan,aku terus tidur..petang tu,akak ajak pergi jalan-jalan..pergi Tasik Taiping..hmm,ari tu dah pergi dah..sekarang,nak pergi pulak?.. tapi,tak pe laa,pak sedare and mak sedare aku belum pergi lagi..jauh jugak perjalanan kami..cukup memenatkan..

kami naik ferry untuk ronda-ronda tasik ni..satu hari nanti,aku nak naik swan boat,nak kayuh-kayuh..huhu.. agak lewat giliran kami pada waktu tu..dalam kul 7,akhirnya siap meronda..lepas tu,singgah kat Tesco,nak beli barang dapur..aku,macam biasa sentiasa melayani kerenah anak sedare aku tu..aku dukung dia..buat dia gelak..so cute!!

ok lah,pendek cerita..happy sangat masa pergi shopping tu..keesokan harinya,ahad 9hb..kami beryolak pulang ke terengganu..hmm,pendekkan lagi cerita..semuanya happy..tapi,mase nak balik semua sedih..ye laa,diorang tak balik terengganu cuti ni..anak sedare aku ar,meraung sekuat mungkin..hmm,dia kini dah mengerti semua nak tinggalkan dia..anas,we miss u a lot!! kami tunggu kepulangan anas tahun depan!!

Jauh perjalanan,luas pandangan,banyak pengalaman.. till we meet on the other day..
wassalam~