Powered By Blogger

Saturday 23 March 2013

pengalaman dalam result spm

hurm,debaran dah hilang begitu sahaja..almaklumlah, result SPM dah keluar ari khamis baru-baru ni..huhu
assalamualaikum semua..entry kali ini,aku sekadar nak berkongsi pengalaman waktu pergi ambil result SPM..alhamdulilah,ku panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan keputusan yang aku dapat..7A4B..
syukur sangat-sangat kerana ini yang aku mampu buat..aku rasa dah puas hati,walaupun sedikit hambar kerana aku berjaya menghancurkan harapan seorang ibu.. almaklumlah,ibu aku target aku 9A..tapi,aku hanya mampu beri 7A sahaja..maafkan alang,mak..bukan sengaja aku nak lukakan hati mak..tak terlintas pun untuk aku buat macam ni..dah berapa kali aku berpesan kat mak aku jangan target aku tinggi..aku tak mampu..aku tak boleh..sekarang,tengok laa apa yang jadi...

aku tak pernah nak menyalahkan takdir..malah aku rasa bersyukur atas segala yang diberiNYA.. semuanya ada hikmah yang begitu indah..kan? :)

sekarang,aku nak kongsi beberapa perkara yang pelik tapi benar sepanjang 3bulan sebelum result SPM keluar..perkara ni adalah pengalaman yang aku alami sendiri..

PMR vs SPM~
 target aku masa PMR adalah 7A2B... SPM, 6A5B..
1. masa PMR, target aku tak tercapai lansung..alhamdulilah,aku dapat 9A.. syukur ke hadrat ILAHI tidak terhingga.. masa SPM pula, aku dapat 7A4B..capai target.. satu perbezaan yang amat ketara waktu PMR n SPM..

2. dua minggu sebelum result PMR keluar,aku tak ada perasaan pun..'feelingless'.. langsung tak nervous,tak berdebar..tapi SPM, dua minggu sebelum result keluar,aku seperti ayam berak kapur dah.. tak senang duduk..huhu

3. tibanya hari yang dinanti...result keluar..
PMR: jantung tak berhenti-henti berdegup dengan kencang..tangan sejuk semacam jew..macam jumpa hantu..parkinson pun tentu sekali ada..terketar-ketar tanganku..muka pucat macam mayat hidup..nervous semacam jew...
SPM: dup..dap..dup..dap...tiba-tiba degupanku seolah-olah berhenti saat masuk ke sekolah..tak ada perasaan gementar or apa-apa yang berkaitan.. feelingless!

4. mimpi petunjuk..
PMR: aku tak pernah mimpikan apa-apa pun tentang peperiksaan..lansung TAK!
SPM: aku mimpi aku sedang jawab periksa..soalan yang keluar..CHEMISTRY dan PENDIDIKAN QURAN SUNNAH..tapi,kuasa ILAHI,aku hanya nampak mimipi aku ditayang kembali apabila aku dah masuk ke dewan peperiksaan..alangkah indahnya jika sebelum kaki ini melangkah masuk,semuanya dah bermain di fikiran kan..hehe

5. tangisan
PMR: aku menangis gembira..tak sangka aku dapat straight A's.. tak sangka target aku tak tercapai..tak sangka target mak aku,8A1B juga meleset..tak sangka aku mendapat satu pelukan dari ibu kesayangan.. aku menangis puas-puas kerana dapat menggembirakan hati mak..

SPM: aku menangis atas dua faktor..pertama,target aku tercapai..subjek agama aku skor..alhamdulilah..
faktor kedua,aku hancurkan harapan mak aku..anak mana yang tak sedih kalau berjaya musnahkan harapan orang tua..kan?






tahniah kepada sahabat-sahabatku yang cemerlang.. sebenarnya,aku sangat mencemburui kalian.. aku tak dapat lagi bersama kalian..sedihnya :'(
tapi tak apa..aku berpegang pada prinsip..biar berpisah di mata..tapi jangan berpisah di hati dan ingatan..always remember me,ok?... aku sentiasa ingat korang dalam jaga dan tidurku..hehe

p/s: my result is 4A+ 1A 2A- 2B+ 2B... syukur ya ALLAH..alhamdulilah atas rezekiMU ini.. :)
gud luck to my bestfriend, shah n she4.. gud luck korang berdua!! aja2 fighting!

Friday 22 March 2013

kelahiran baru :)

asslamualaikum pembuka bicara buat blogger-blogger sekalian..
tetiba saje terasa nak buat entry macam ni.. almaklumlah,dah dapat kelahiran baru dalam keluarga.. tepat jam 5.45pagi (lebih dan kurang), pada hari ahad,17hb Mac, satu tangisan yang tak berapa nak kuat sangat kedengaran kat labour room.. tangisan yang cukup menggembirakan buat mereka yang bergelar ayah dan ibu..tak terkecuali,aku sebagai adik kepada seorang ayah..alhamdulilah,ku panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan baby girl buat abang lesayanganku..


ha,amacam? kiut miut kan?.. hehe alhamdulilah,sekali lagi rasa syukur terhadap sang Pencipta kerana kakak ipar aku selamat dan mendapat baby girl yang secomel ini.. :)
nampaknya,anas naufal (my nephew) tak sabar nak balik kampung jumpa sepupu baru laa.. ada jugak dia tempat nak berkawan nanti..ei,tak sabarnya tunggu kepulangan anak-anak saudaraku..haha

ok laa,aku ucapkan selamat pagi kat semua..good morning you alls..huhu
p/s: a simple entry from me ^_^