Powered By Blogger

Saturday 9 November 2013

i miss u~ 2

assalamualaikum w.b.t... selamat malam semua.. hari ni dah 9hb 11 2013..bersamaan 5 Muharam 1435H.. bersamaan 3minggu dah aku lalui untuk semester 2.. hari ni kan,entah kenapa aku rasa kosong..rasa sunyi..serba tak kena jew.. hanya DIA yang Mengetahui... :)

hari khamis last episod Love You Mr. Arrogant..semangat aku layan citer nih!! best gilerr...almaklumlah,cerita yang diadaptasi dari novel semuanya aku suka..hehe hari jumaat,aku layan cerita Horeee yang Akim berlakon tu..fullamak!!layan lagu Sudirman memang mengimbau kembali semua kenangan aku..ari sabtu (today), entah kenapa aku pergi tengok semua gambar aku dan kawan-kawan waktu sekolah menengah..dari Form One sampai Form Five..rasa nak nangis pun ada..lepas tu,tengok gambar aku dan family waktu 2008-2013..setitik demi setitik air mata mula jatuh...



kat sini,aku nak share sikit gambar yang berjaya mencuit hati aku..oh my friend, miss u so much!!

this is my bestfriend waktu aku form 4..and sampai sekarang pun,aku still anggap dia bestfriend aku..walau jarang berhubung,tapi aku sentiasa ingat dia..rindu dia sangat-sangat..tak kisah laa,kalau diri ini dilupakan pun..huhu masih segar dalam ingatan,terfikir bahawa waktu lepas PMR,tetiba kami jalan bersama masa lawatan..padahal,bukan rapat sangat pun..rupa-rupanya,ALLAH nak tunjuk bahawa dia lah orang yang aku rapat bila masuk form 4..


kiri, aku..kanan, dia.. tengah, kawan kitorang...masa ni kat Cameron Highlands... :) jujur aku cakap,aku tak banyak sangat bergambar dengan dia..tapi,kenangan terpahat di hati tu,memang banyak sangat..sampai tak terluah..tak leh nak dibilang... from A-Z, she knows about me..satu benda yang memang aku TABIK SPRINGGG kat dia,dia ni kuat ingatan..semua yang aku cerita,mostly dia ingat..kengkadang,aku sendiri yang terlupa bahawa aku dah cerita dah pun pasal tu kat dia..but,still cerita lagi..and one more thing, dia ni memang selalu jadi pendengar setia aku..waktu susah dan senang aku..tapi,pasal dia,aku tak banyak sangat tahu pun..yela,aku takkan sesekali paksa dia untuk cerita everything kat aku,..aku respect dia punya hak..kalu nak cerita,aku sedia dengar..kalu tak nak cerita,aku tak paksa..sebab dia berhak untuk cerita kat siapa yang dia kehendaki.. Shah,how i miss u dear..banyak benda nak story telling nim.. ku kan tetap menantimu..semoga ku kan bertemu denganmu..last kami jumpa,waktu hari Guru, 16hb Mei 2013..tu pun,xsempat nak borak panjang..hampir 6bulan dah tak jumpa..ibarat 6tahun..

ha,ni waktu kami jadi chef muda..goreng keropok jew pun..hehe sempat lagi bergambar..nasib baik tak hangit keropok kami.. :) kat tengah ni pun kawan kitorang..
hurmm,entah laa..aku sendiri pun tak leh nak describe banyak-banyak sangat..apa yang penting,she is my BESTfriend..laen dari yang laen..kadang,kalu ada yang kurang tu perkara biasa..tapi,mostly dia ni baik dan memang sekepale dengan aku..tapi,aku nakal sikit laa dari dia..aku ni malas lagi dari dia..aku ni teruk lagi dari dia..pendek kata,dia ni lagi baik dari aku..so,memang banyak jugak laa aku berubah ikut dia.sedikit sebanyak,jadi baik laa sikit aku nim..haha
betul laa orang cakap, pengaruh kawan ni kuat kan..aku dulu,memang tak pernah sentuh novel,tak pernah kenal apa itu K.O.R.E.A..tapi,bila ada kawan yang ajak,yang duk cerita itu ini..lama-kelamaan,terpengaruh laa jugak..(bukan dia yang aku maksudkan..ni kawan aku yang lain) makin besar,aku dah pandai baca novel dan tengok cerita korea,..nasib baik aku masih tak kenal apa itu KPOP..lagu-lagu korea..2PM..Super Juniors and so on laa.....hai,aku ni..dah merapu ke lain dah nim..nak cerita pasal lain,benda lain yang aku taip..tak pe laa, taip jew apa yang terlintas kan...hehe

kalu nak kongsi kenangan aku dan dia,rasanya biarlah rahsia..banyak sangat sampai aku tak tahu nak mula dari mana..nak akhir kat mana.. akhir kata dari aku,sahabat sejati,takkan pernah berubah hati..

this song is my favourite song..
SAHABAT by Najwa Latif

kau ada di kala ku suka di kala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
kau ada di kala ku perlu setia menemaniku 
pegang erat tanganku bila aku jatuh

kau lah yang selalu selalu menemaniku
mendengar kisah pahit manis hidupku

kau lah yang di situ setia menungguku
kau lah yang satu menjadi sahabatku...

KAU lah yang satu menjadi SAHABATku.... <3 ;)

to: shah

p/s: ttibe nak post pasal budak ni at first,,hehe lepas ni,turn orang lain plak..
hanya kamu yang PERTAMA di hatiku <3