Saturday, 10 March 2012

Indahnya Bila Diingati & Disayangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..haha..ni post kedua aku untuk tahun ni (2012).. Actually,aku tak ada mood nak post2 kat blog ni sebab aku lebih suka berfacebook lagi..hehe
Ok,berbalik pada topik kita..aku rasa korang memang dah boleh faham maksud aku kan..memang kita akan rasa indah,rasa happy bila kita diingati dan disayangi..betul tak?..

Ha,korang taw gambar apa tu?.. Of course,tu gambar yang berkaitan dengan perkahwinan kan?.. So,kat sini aku nak cerita something yang berkaitan dengan post aku ni..
Cerita ini berlaku pada hari Sabtu,bulan Februari..kalau tak silap aku,11/2..kalau tak silap ar..ok,aku nak pendekkan cerita sikit ea..erm,mase tu waktu petang dalam pukul 2 rasenye..mak aku ajak aku pergi kenduri kahwin..macam biasa,aku ni jenis suka pergi jalan-jalan..tak kira ar shopping,makan angin,nak pergi sungai,kenduri or anywhere asalkan tempat tu bukan tempat yang diharamkan Islam..hehe..so,aku pun pergi laa bersiap-siap..as usual,aku akan pakai baju kegemaranku..baju kurung biru muda tersarung indah di badanku..hehe
actually,aku tak tahu pun siapa yang kahwin..tapi,apa yang aku tahu majlis tu berlangsung di kampung *tutt*..sesampainya aku di sana,terkejut bukan main,apabila rupa-rupanya yang nak kahwin tu abang angkat aku..congrats ea.dah lama dah aku tak bertandang kat rumah ni..kali terakhir kakiku memijak di rumah tersebut adalah masa raya tahun lepas..hampir 5 or 6 bulan dah tak datang..tup2,abang angkat aku dah kahwin..so,bile dah sampai aku pergi laa ambil makanan..elok2,tengah aku berjalan..mak aku bersalam dengan seorang kakak ni..bile aku pandang kakak tu,rupe2nye kakak angkat aku..aku bersalaman dengan dia..pelukan yang diberi ku rasa begitu syahdu sekali kerana dah lama aku tak jumpe dengan dia..masa raya tahun lepas,dia tak ada kat rumah..so,tak dapat laa aku jumpa dia..dia tanya aku sekolah mane?.. kesihatan aku?.. and so on..caringnya akak..thank you..then,aku jumpa pengasuh aku yang sorang lagi..tapi,aku tak cam muka dia..mak aku sebut nama dia jew..aku lupa ar..sebab aku tinggal dengan dia sekejap jew..after that,elok2 aku nak ambil pinggan datang pula seorang mak cik ni..aku tersenyum padanya..tu laa pengasuh aku yang pertama..mak cik nor..lama dah tak jumpa dia..rindunya.. <3
ok,pendekkan cerita..selesai jew bersalam dengan semua pengasuh yang aku jumpa masa tu,aku pergi laa mengisi perutku ini..lepas tu,aku ikut mak aku pergi jumpa mak angkat aku kat dalam rumah..mak angkat merangkap pengasuh ku..hehe
masa aku naik tangga,aku terpandang laa seorang lelaki ini..dan kebetulan,dia pun pandang aku..aku renung dia..rasa cam kenal jew..tapi,siapa?.. muka dia ada mirip kawan aku,tapi tak mungkin tu kawan aku..tanpa aku sedari,adik aku cuit tangan aku.'eh,jom la masuk..mak dah masuk dah'..aku tersedar..cepat-cepat aku mengekori adik bongsuku itu..
bila aku keluar dar rumah tu,lelaki tadi dah tak ada kat situ..tapi,hatiku masih tertanya-tanya siapakah dia?.. bile aku selamat turun anak tangga,aku nampak seorang lelaki ni senyum kat mak aku..oo,abang angkat aku rupenya..mat amin.. :)
tapi,di sebelahnya ada seorang lagi lelaki...tu,lelaki yang aku terserempak tadi..dia senyum kat aku..mak cakap..'ingat lagi anak-anak cikgu ni?'..dua-dua lelaki tu,senyum..yang sorang ni,asyik tengok kat aku..siapa dia ni?..nak kata abang angkat aku,bukan..sebab,aku ada dua orang abang angkat jew..sorang,yang kahwin dan sorang lagi,mat amin..so,who is this guy?..senyum manis pelik jew kat aku..aku balas senyumannya itu..ttiba trlintas kat fikiranku...
'ALIFF'..yup,tu alif..bru aku ingat..sebab tu,aku nampak dia tu macam kawan aku..school boy..yup,aliff dah besar skarang..makin ensem pun ade..trlintas jew nama dia kat fikiranku,teus aku senyum manis kat dia..apa punya kakak angkat laa aku ni..adik angkat sndiri pun lupe ea?.. teruknya aku..sebab tu tadi,dia pun tenung aku semacam jew..aliff,aliff..sowi,aku lupe kau..ye laa,dah lama tak jumpa..tiap kali raya jew,msti kau tak de kat umah..so,camne aku nak ingat muka kau..hehe
balik jew rumah..aku rasa happy sangat2 sebab hari tu aku jumpa pengasuh2 aku yang jaga aku masa kecik,jumpa adik bradik angkat aku dan yang paling penting aku jumpe seorang lelaki yang aku tak kenali dan sekarang aku dah ingat dia.. :)
ok..thats all~ tak nak ah aku cerita panjang2 sebab aku tak suka buat long story..hehe
so,nasihat aku kat korang semua ialah..korang kena ingat semua orang yang penting dalam hidup korang..tak kira ar sape2 pun..tapi yang paling penting,korang ingat diorang dan sudah tentu diorang pun akan ingat korang..dan aku rasa korang pun mesti rasa happy bila korang diingati dan disayangi kan?..so,renung2kan dan selamat bermal.
p/s: jgn jadi mcm aq dh ar..adik angkat sndiri x igt..tp,lastly,ingat jugak..klu aliff bce citer aq ni,..aq x taw laa apa yg jadi..huhu..msti dia trase sbb aq x ingat dia..haha
^_^

3 comments:

  1. ramainya abang angkat dia...nak cari abang angkat gak ar=)

    ReplyDelete
  2. haha..bese ar..abg angkat dr kcil aq knal..cri ar sorang..huhu :p

    ReplyDelete