Powered By Blogger

Wednesday 14 December 2011

lovely one..

hai,everyone..hah!!korang nak taw siapa yang aku love sangat?jom kita ikuti post kali ini..hehe

ha!meh sini aku nak kasi taw siapa dia..

nah,inilah dia..anas naufal.. :)



ha..cute tak my lovely?? cute kan.. aku suka sangat anas..aku sayang anas!!
sekarang ni,rindu aku kat dia semakin membuak-buak taw..ye laa,dia dah pulang ke tempat asal dia pada hari sabtu ari tu..10/12/11..baru empat hari,anas tak ada kat terengganu,tapi rasa macam dah lama anas tak pulang sini..hehe
berita terbaru pasal my lovely ni,dia dah pandai senyum bila umi dia tunjuk gambar aku dan adik-beradikku..pandai anas senyum bila tengok wajah kita orang..thanx,my nephew..love you!!

kalau korang tengok gambar dia kat atas tu,dia tengah pegang apa?
ha!!mat sudu betol laa hang ni..awang sudu..awat hang suka sangat sama sudu no?
aku pun tak taw kenapa..tapi,yang pasti kalau dia menangis or merajuk..just bagi sudu kat dia..mesti dia senyap punye..satu lagi..banyak cara nak pujuk dia kalau dia buat hal..
1. bagi sudu
2. bagi tengok kucing ( dia suka tengok kucing beraksi)
3. bagi tengok ikan dalam kolam or dalam akuarium..
  tapi,yang paling dia suka tengok ialah ikan keli dalam kolam..sebab dapat tengok dari atas..
4. korang geletek dia
5. korang bagi dia tengok tv..
  anas suka tengok iklan..especially iklan berkaitan baby..( susu,shampoo,pampers n etc.)
6. korang buat dia memusing..pasti dia suka..hehe
dan banyak lagi sebenarnya..so,kalau akak nak suruh aku jaga anas,takde masalah laa..aku boleh handle mat sudu ni..hehe.. (suka ati jew panggil mat sudu..huuhu)

kalau anas balik kat terengganu,memang tak cukup tangan ah pegang dia..nak buat macam mana,ramai sangat mak saudara anas..hehe
anas the cute,kami tunggu kepulangan anas taun depan taw..arap2 nanti anas dah boleh berlari..boleh main kejar-kejar dengan kita orang taw..hehe

^_^

Thursday 24 November 2011

love malaysia

huh!!dah 2 bulan aku tinggalkan blog..hehe..aku berjaya jugak tak buka blog walaupun hanya dua bulan..so,lepas ni kalau aku tak buka blog satu tahun pun,kirenye ok laa tu..hehe
ok,kita berbalik pada tajuk hari ini,malaysia boleh!!
kalau korang semua nak tahu,aku memang minat sangat2 tengok bola..dan minggu ni aku beruntung sangat2..sebabnya aku dapat tengok bola kat astro arena..mana tak happy..sebab selama ni kalau bola tak ditayangkan kat rtm dan tv3,aku laa orang yang pertama frust sebab tak dapat tengok bola..so,bile aku stay kat setiu,umah mak saudara aku,dapat laa aku tengok bola..jom ikuti cerita aku yang mungkin panjang lebar ini..haha
masa indon vs malaysia,hari khamis kalau tak silap..aku orang first yang terpacak depan tv..hehe..kemudian,tengok ramai2 dengan abang,ayah,mak,sepupu2 aku,mak saudara dan ayah saudaraku..masa mula2 tu,permainan agak slow tapi aku masih terus menyokong except sepupu aku sorang ni..bile bola yang disepak oleh pemain malaysia tak masuk gol..mulalah dia cakap yang dia ni tak mengaku rakyat malaysia..dan bila malaysia mendapat satu gol,baru laa dia bersemangat balik..berat ngguh sepupu aku sorang tu..langsung tak sayang malayasia..sepatutnye,walau apa pun yang terjadi,kita patut terus menyokong malaysia..macam aku,kalah ke manang ke,malaysia tetap di hatiku.. <3
masa petang ari sabtu kalau tak silap aku..malaysia vs myanmar..masa tu aku tengok dengan abang dan sepupu aku..kirenye 3 orang jew laa..haha..nasib baik masa perlawanan tu,sepupu aku tu tak banyak cakap..maybe sebab masa tu petang kot..haha..abang jew sama dengan aku..terus menyokong dan menyokong..tapi,abang benci fakri..huhu..sama cam sepupu aku tu..hehe..alhamdulilah,kita berjaya menewaskan myanmar..
malam kemuncak masa ari isnin malam..macam biasa,aku akan terpacak awal2 depan tv..tapi masa tu,tak start pun lagi..so,ayah aku tengok berita kat tv3 dulu..pembaca berita pakai baju sukan malaysia lagi..wow!!semangat betol..sama macam sepupu aku tu..tiap kali malaysia akan berlawan,dia akan pakai baju malaysia yang warna kuning tu dan yang warna biru..dan memang aku tahu,sepupu aku tu,memang banyak baju sukan malysia..haha..patriotik betol!!


masa malam tu,paling aku frust sebab masa minit ke-5 indon dah dapat satu gol..fuh!!macam mana nasib malaysia ni..berdebar gilerr aku..tapi,aku yakin yang malaysia mampu mendapatkan gol jugak..so,akhirnya gol berjaya disumbat oleh asra..GOL!!Yeah,Malaysia GOL!!teriak ku dan yang lain2.. :)
last2,seri..aku tak berapa nak yakin yang malaysia dapat sumbat satu gol lagi..sebab malaysia dan indonesia lebih kurang hebat jew..hehe..last2,gol penalti..4-4..dan yang terakhir,baddrol bakhtiar as a kapten..dan GOL!!caya laa baddrol..tapi,lepas tu semua pengadil berbincang sesama mereka..macam tak berpuas hati jew..itu kenyataan!!terima jew laa yang indon kalah di tangan malaysia..hehe
aku masih lagi belum mengantuk..aku tengok diorang naik pentas..tahniah buat pasukan harimau muda..harimau malaya pun sama..dua2 harimau tu,terbaek!!
tahniah buat jurulatih harimau muda,ong kim swee..dan barisan2 pemain..kapten:baddrol bakhtiar,muslim,asra,nazmi faiz,guru,thamil,fakri,mahali,zubir,yong,penjaga gol:khairul fahmi dan yang laen2 yang aku tak sebut..tak ingat laa..tapi,korang di hatiku..skuad harimau muda berjaya menunjukkan taringnya..haha..paling aku bangga dan tentunya semua rakyat malaysia berbangga kerana mempunyai penjaga gol yang terbaik..apek is the best among the best..hehe..
k ah,aku rasa ampai sini jew kot..dah panjang sangat ni..aku bukannya nak buat esei pun..hehe
lastly,congrats to all..aku bangga jadi rakyat malaysia..dan aku harap korang semua boleh buat macam nazmi faiz,sanggup main untuk negara walaupun spm sedang berlangsung..bagus ah!!
I LOVE MALAYSIA!!

Thursday 15 September 2011

yesterday story...2

pagi-pagi lagi,aku dan kawan-kawan masuk makmal bio untuk operate katak...teacher bagi glove untuk setiap group..group aku dapat tiga jew..so,aku jew laa yang tak pakai..biar laa,kawan-kawan aku yang pakai,aku tengok jew..erm,masa diorang prepare apparatus,aku pergi kat depan..saje nak tengok group lain..aku berdiri kat tepi aimi..masa tu,aimi nak letak kloroform kat katak tu,aku tengok jew laa..dee pegang katak..masa kloroform dah sampai kat nostril katak,katak gelepar dan aimi terkejut dan tiba-tiba....ade something masuk ke mataku...auch!!!pedihnye!!teriakku..aku memejam mataku..masa tu,hanya Tuhan yang tahu betapa pedih dan sakitnya mataku ini..tiba-tiba,aku rasa ada someone yang pegang aku dan bawa aku ke sinki..aku dengan segera menghulur tanganku untuk menyapu mataku..aku dengar suara teacher hampir denganku.."jafni,ok tak?tak ade apa-apa kalau kena kloroform",kata teacher..masa tu,aku still tak buka mataku..masa tu yang terlintas kat fikiranku hanya mataku masih lagi berfungsi..tiba-tiba,teacher suruh buka mata..dan masa tu,aku perlahan-lahan membuka mataku..aku nampak teacher dan rakan-rakan kat depanku..tapi,macam kabur-kabur jew..selepas aku pejam celik beberapa ketika,baru ok sikit..ngerinya aku rasa..takutnya aku..takut-takut,kerana kloroform boleh membutakan mata..tapi,teacher cakap kloroform tu dah lama..lagipun,kalau kena kat hidung,baru pengsan..after that,ok jew laa..tapi,aku tak sangka jadi camni..gara-gara katak ah ni..hehe..sampaikan budak lelaki pun tahu..malunya aku..tapi,lantak laa..sebab kalau korang kat tempat aku,confirm korang akan lakukan perkara yang sama..hehe
story ini mengingatkan aku tentang saat cemas masa aku lemas...ngerinya aku rasa walaupun masa tu,aku baru darjah 2..haha
k laa..sampai cni aje...

Wednesday 31 August 2011

1 syawal..

1 Syawal merupakan hari raya puasa or hari raya aidilfitri bagi seluruh umat Islam..pagi-pagi bangun solat subuh..lepas tu,tolong mak kat dapur..lepas adik-adik aku selesai mandi..turn aku pula masuk bilik air..kul 8.30 bertolak ke masjid dengan kakak-kakak aku..wow!!ramainya manusia..sampai kat tangga..so,aku terpaksa laa solat hari raya dekat dengan tangga..takut jugak aku..takut jatuh ke belakang..tak pasal-pasal tergolek atas tangga..huhu
kul 9.30,kitorg pulang ke rumah..siap-siap untuk beraya..selesai bersantap,aku dan adik beradikku bersalam-salaman..bila bersalam dengan kedua orang tuaku,tetiba air mata mula membasahi pipiku..entah laa..aku rasa banyak sangat kot dosa..sebab tu,menangis..haha
yang lain steady jew..haha..then,bergambar dengan family..
ada satu incident yang berlaku sehinggakan aku mengalirkan air mata buat kali kedua..lepas tu,tetiba mood nak beraya hilang..bila pergi beraya kat umah nenek aku,aku macam tak rasa pun yang hari ini hari raya..bila sepupu aku tegur pun,aku macam malas nak layan..haha
tu la padahnya..sape yang suruh hang nangis pagi2 raya ha??
bila tengah hari,pulang ke rumah..aku pula beradu buat seketika..petang pula,gi jalan-jalan kat umah tok sedara aku..habis 3 rumah,pulang ke rumah sebab dah lewat petang..malam just duk kat umah..tadi tengok upin ipin dan nur kasih the movie..best2..erm,nur kasih,best..cuma,jalan cerita dia slow ah..lagipun,ending dia aku tak berapa nak suka..kenapa adam mati??sedihnya aku..huh
hari ini macam tak ada mood nak raya..tak taw kenapa..haha..esok2,,baru ada mood kot.. :)
erm,hari ini genap sudah umurku 17 tahun mengikut kalendar Islam..besar sudah..huhu
syawal..syawal..hehe
arap2 ari esok lebih baik dari ari ini.. :)

Monday 29 August 2011

terawih terakhir..

malam ini merupakan malam yang ke 29..last terawih..esok tak ada dah..pukul 7 tadi,akak aku sampai..berbuka sama-sama..bila masuk waktu Isya',aku ajak akak aku yang duk kat UPSI..'jom gi terawih'..then,akak aku yang duk kat IPGM Sultan Mizan,Besut dan adik aku pun nak ikut jugak..azan sudah habis berkumandang..'eh,jom laa..dah lewat dah ni..',kata akak aku..aku pun pergi dengan akak aku..lagi dua orang..dia pergi sendiri nanti..happy nya hari ini..sebab tak ada orang laki yang lepak kat tepi jalan tu..lega sikit..hehe
aku menghamparkan sejadahku di sebelah seorang mak cik..tiba-tiba dia herdik aku.."jangan rapat-rapat sangat..tak muat nanti"..terkejut aku dengan herdikan tersebut..sedangkan sejadah aku tertindih sikit sahaja dengan sejadahnya..aku rapatkan diriku dengan akak aku kat sebelah..selepas selesai solat Isya',aku menadah tangan untuk berdoa..tetiba,kedengaran suara-suara yang sedang bercakap..aku tak paham laa..kenapa susah sangat nak diam..sekejap sahaja..bukannya lama sangat pun..pasal kes mak cik tadi..dia marahkan aku sebab aku rapat dengan dia..tak ke pelik tu??bukannya dia marahkan aku sebab aku tak rapat saf dengan dia..pesal susah sangat mak cik2 nak rapat-rapatkan saf..susah sangat ke??satu kes lagi..kenapa mak cik2 susah sangat nak penuhkan saf depan..sampai awal pada aku pun,masih duduk kat belakang..bila iqamat berkumandang..bukannya nak penuhkan saf depan..masih duduk berteleku di situ..tak paham betul aku..kalu aku tegur,lain pulak jadinya sebab aku pernah tegur budak yang lebih tua pada aku..tu pun tua dua or tiga tahun jew kot..last2,dia buat tak taw jew apa yang aku cakap..kurang asam betul..
selesai terawih,pulang ke rumah macam biasa..then,aku bermain dengan nephew aku ni..buas betul mamat ni..tak reti nak duk diam..pe2 pun,aku still suka jaga dia coz aku suka budak...itu laa cerita pasal terawih terakhir ku pada 2011..tak puas hati betul aku dengan mak cik tu7..huhu
pe2 pun..aku nak tido dulu..its so late now..ok..

Friday 26 August 2011

yesterday story in school

kelmarin merupakan hari persekolahan yang paling best..pagi-pagi,macam biasa,perhimpunan..then,ada majlis khatam Al-Quran..then,sesi bersalam-salaman dengan guru..ye laa,kelmarin hari last sebelum raya..sambil bersalam,lagu raya mula berkumandang..aku dan bff aku turut mendendangkan beberapa lagu raya..huhu..lepas itu,aku dan dua orang kawan baik aku ni,pergi masuk kelas..kawan aku yang seorang lagi,tak hadir ke sekolah..so,tinggal kami bertiga..bila masuk kelas,perkara pertama yang aku nampak ialah "SELAMAT HARI RAYA..maaf zahir dan batin"..punya lah besar perkataan ini ada tertulis di papan putih kelasku..makhluk mana yang tulis pun aku tak tahu..aku duduk dengan geng2 aku kat belakang sambil borak-borak..then,ada dua student ni nak pergi pustaka..lepas tu,hati aku pun tergerak untuk ikut diorang..aku ajak kawan aku dua orang tu sebab aku nak main saidina kat pustaka..jahat betul aku..sampai kat pustaka,aku jumpa dengan cikgu Siti..aku settlekan laporan aku tentang minggu pustaka..then,aku minta dengan cikgu,nak main saidina..aku main dengan 3 kawan aku ni..aku orang first yang jalan..main punya main,aku asyik kehabisan duit jew..last2,duit aku tinggal 200 jew(kalau tak silap laa)..
then,aku masuk buku hutang..kawan aku sorang ni,asyik gelakkan aku sebab dia cakap kelakar laa bila main hutang2 ni..bila hutang aku semakin bertambah,dia semakin asyik untuk ketawakan aku..tapi,aku paling banyak tanah tau..tu yang aku suka..bila dah semakin lama bermain,kawan aku yang asyik gelakkan aku tu,sudah pokai akhirnya..sama macam aku..so,dia pun jadi muka hutang jugak..so,aku pulak yang gelakkan dia..main punya main,akhirnya aku dapat no 3..haha..ok laa tu..yang menang ni plak,asyik dengan buku sukannya sampai tak sedar yang aku suruh dia kira duit dia..dah laa,tunggu dia kira duit bukan main lama..mana tak nya,dia kan winner..huhu..dalam kul 1 lebih,aku keluar dari perpustakaan..lepas tu,aku masuk kelas dan aku lihat papan putih kelas aku dah semakin penuh dengan kata2 kemaafan sempena raya.. aku pun,apa lagi...pergi depan and tulis apa yang aku nak tulis..lepas tu,aku tulis dua buah lagu raya..memang best gilerr..erm,lupa nak cakap..masa aku duduk kat pustaka,ada kawan aku ajak masuk kelas sebab takut cikgu masuk..aku punya laa jahat and nakal ni cakap.."alaa,buat apa nak masuk kelas??duk kat sini sudah laa..macam laa cikgu nak masuk..kalau masuk sekali pun,tak mungkin dia akan mengajar..so,lepak sini dah laa"..dah macam budak gangster pulak rasenya..haha
erm,bila aku masuk kelas sebelum nak balik,aku tengok ada satu paper atas meja aku..result add math rupanya..alhamdulilah,result aku naik grade..happy rasanya..:)
sebelum pulang,macam biasa laa..hugging2 sambil minta maaf and sume2..tapi,aku tak sempat nak salam and minta maaf dengan kawan2 baik aku..haha
lastly,maaf zahir dan batin semua..selamat menyabut hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi...
jangan main mercun taw..hehe

Tuesday 23 August 2011

santai2 nk dkt raya..

hari ini best betul aku rasa..bayangkan,pergi sekolah(tak belajar)..memang best..masa mm and fizik..cikgu just bincang paper exam...then,sejarah dan bahasa inggeris,cikgu tak masuk..masa bahasa melayu,sembang-sembang kosong dengan cikgu..cakap pasal persiapan raya...erm,tak sabarnya nak raya..tahun ini tahun first aku raya bersama orang baru..anak saudara,anas naufal..tak sabar raya bersama budak kecil ini..dan tahun ini pun semua balik..jadi,bestlah..kalau tahun lepas,kakak aku tak balik sebab baru je pregnant..jadi,parents aku pergi kat sana..bila parents aku pulang,baru nak raya..jadi,tak best mana laa..huhu
tadi,ramai jugak kawan-kawan aku tak datang sekolah..bestnya diorang..kalau ikutkan hati ini,memang tak nak pergi sekolah..tapi,mesti parents aku tak bagi..pergi sekolah pun,cikgu tak mengajar sangat..tapi,esok mungkin cikgu nak mengajar..ni,malas ni..aku tak nak belajar untuk hari esok dan lusa..tak ada mood nak belajar..hehe
tadi,sebelum pulang..aku dan kawan-kawan sembang-sembang pasal lower form and pasal sekarang...rindunya masa aku lower form dulu..hehe
actually,i dont have an idea to write what..so,i think its better if i stop here.. :)

Thursday 18 August 2011

about exam...

hari ini hari ke-4 aku menghadapi exam...dan sudah habis 8 paper..lagi 3 paper..hari ini boleh laa rehat-rehatkan diri dari study..hehe...tapi,aku risau ah sebab exam kali ini memang aku betul-betul santai...
bab-bab bahasa,memang sentiasa tak study sangat pun..just study bab komsas and literature and karangan je..jadi,tawakal je laa...then,mm aku rasa boleh laa kot..cakap pasal mm,aku rasa nak ketawa aje..ye laa,mana taknya..cikgu yang kecoh sangat..jadi,asyik main tanya je..aku pun ada tanya satu soalan dan tak sangka cikgu bagi jawapan plak...haha..dan exam hari selasa hari tu..pqs boleh laa... chemistry aku rasa kiok ah..bayangkan lepas sahur baru nak study..memang laa tak sempat..redha jew laa..nak buat macam mana..study last minute,macam ni laa jadinya...apa-apa pun aku tetap akan cakap yang pqs lebih senang dari kimia..walaupun kawan-kawan aku cakap yang kimia lagi senang dari pqs..aku cakap kat diorang ..(korang pandai kimia,memang ah cakap senang..aku ni,tak berapa nak minat subjek sains..sebab tu cakap maca tu...huhuh)
exam hari ini plak,bio dan sejarah..bio,aku main tembak je sebab 50 soalan paper 1...paper 2 and paper 3 tak ada..dan yang paling best tadi,jawab kertas sejarah...objektif senang sama macam subjektif...tapi,subjektif, aku jawab je apa yang aku rasa betul..huhu
paling best hari ini,masa aku menghafal subjek sejarah dengan bff aku..kitorang hafal sambil pegang jari antara satu sama lain..wow!!lawak gilerr rasenye..tapi,senang nak ingat bila aku dan bff aku wak macam tu..huhuhhuu
aku nak main game dulu..sambil berfacebook...bye-bye
:)

Wednesday 17 August 2011

masalah & penyelesaian

dalam hidup ini,memang kita tak lari dari menghadapi masalah..setiap manusia mesti mempunyai masalahnya yang tersendiri..termasuklah aku..tapi,adakah setiap masalah itu ada penyelesaiannya?? bagi aku,tak semua masalah ada penyelesaiannya..tapi,sebenarnya,setiap masalah ada penyelesaiannya..cuma,kita sahaja yang tidak tahu apakah penyelesaiannya..huhuhu
macam aku sekarang..pelbagai masalah melanda diriku..exam,perselisihan faham,kecelaruan identiti,confuse in some problem dan pelbagai lagi masalah yang tak terungkap dek kata...tapi,sampai sekarang aku tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ini..kalau bercakap tentang masalah exam,aku tahu apa penyelesaiannya..cuma,aku still tak lakukan penyelesaiannya dan menyebabkan masalah ni belum selesai..aku tahu aku perlu study untuk skor dalam exam..tapi,bila study and study still tak berapa nak faham..kalau subjek biology,memang susah sikit sebab perlu banyak menghafal..so,aku kena settle kan jugak masalah yang satu ini...huhu
so,otak yang dikurniakan oleh Allah ini,gunakanlah dengan sebaiknya untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan sebaik mungkin..insyaAllah,Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya... :)

Saturday 13 August 2011

hehe

salam semua...erm,bosan laa plak aku rasa hari ni..sedangkan banyak benda yang aku kena buat sebab esok exam..tapi,aku still macam ni..huhu..aku tak pandai sangat nak menulis blog aku supaya menarik kerana kadang-kadang aku sorang je yang rasa blog aku ni..ok je laa..tapi,yang pasti aku suka baca blog orang lain especially my friend , fasih and nadhrah...bagi aku biarlah blog ni cukup mendatangkan faedah buat semua terutamanya untuk aku sendiri..bila berblog ni,aku rasa macam ni laa tempat aku nak luah segala apa yang patut aku luahkan walaupun hanya sekadar menaip keyboard di depan ni..huhuh
ia hanyalah satu blog yang simple,cukup-cukup simple..sebab aku adalah seorang yang simple..and aku suka pada sesuatu yang simple.. :) ...thats why my blog so very simple..
(sorry ah kat sape2 yg x brminat dgn blog aq ni..aq x kesh pun klu x de sape yg minat blog ni..biarlh aq prasan sorg2 dlm ni..huhu)
ok laa..aku nak off dulu laa sebab aku nak buat homework sambil study sikit-sikit...
wassalam~

Thursday 11 August 2011

mood??

huh!!next week exam??macam tak percaya plak..huhu..pejam celik,pejam celik..dah exam balik..then,next year..exam paling besar yang akan ku hadapi..takutnya!!pe2 pun,aku kena selalu bersedia..tapi,sekarang ni aku tak de mood nak study laa..tapi,alhamdulilah sangat-sangat kerana bila dah puasa,mood nak berfb dan berblog ni macam dah hilang..kalau dulu,bukan main excited lagi bila balik sekolah..sebab nak buka facebook dan blog..tapi,sekarang,bila balik sekolah..rehat-rehat dan tenangkan diri..aku lebih suka menyendiri sejak akhir-akhir ini..aku tak tahu kenapa suka sangat menyendiri..tapi,kadang-kadang bila asyik menyendiri,mencari ketenangan dan melayan perasaan..mulalah mood nak buat homework datang dengan sendiri..ni yang aku suka ni..bukan senang mood tu nak datang..sekali sekala je mood tu datang dan bila dah bertukar mood nak buat kerja..habis kerja aku lakukan..tu yang paling aku suka..dan sekarang ni mood aku ialah nak menaip..so,aku taip laa apa yang aku suka..hehe...and,lepas ni plak mood aku akan bertukar kepada mood sleepy..haha
jadi,control laa mood kita dengan baik...dan bila mood jiwang datang,pandai-pandailah korang kawal..setakat ni,setiap mood aku still boleh kawal..alhamdulilah~
tapi,bila emosi terganggu..then,bad mood datang..ni laa yang susah sikit nak kawal..kalau good mood ,ok laa..but,if i'm in bad mood..wow!!very hard too control it..hehe
so,the conclusion is you must know how to control your mood because iti is yours!!

Saturday 6 August 2011

hati & perasaan, hanya ALLAH tempat ku mengadu..

apa yang ada pada hati dan perasaan??dalam hati sudah tentu ada pelbagai perasaan..gembira,sedih,rindu,benci,sayang,fed-up,geram,marah, dan lain-lain lagi..
kadang-kadang lebih baik perasaan tu hanya hati kita sahaja yang mengerti..biar laa kita sahaja yang tanggung semua tu dan tak perlu dikongsi perasaan tu..betul tak??
dua-tiga hari ini aku rasa sedih sangat..aku tak tahu kenapa..huhu
dan sejak akhir-akhir ni,aku pun rasa happy..macam-macam perasaan terbit di lubuk hatiku ini..dan bila kita fikir-fikir balik..hanya ada satu tempat yang sesuai untuk kita luahkan perasaan hati kita,iaitu kepada ALLAH..hanya Dia tempat kita mengadu..
sekarang aku nak kongsi satu perasaan yang aku alami,iaitu sedih...aku sedih sangat bila melihat keadaan umat Islam pada zaman sekarang..dah makin teruk aku tengok..macam mana kalau Rasulallah masih ada bersama kita??adakah Nabi gembira melihat keadaan umat zaman sekarang??mari kita renung-renungkan..
gejala sosial dah makin berleluasa zaman sekarang...dan kebanyakannya dari umat Islam..nauzubillahi min zalik..cuba kita lihat dalam kampung kita..macam mana keadaan umat Islam di kampung kita..kalau dah kucar-kacir..apatah lagi dalam sesebuah masyarakat...jadi,sama-samalah kita ubah perangai kita...ingat mati,ingat mati dan ingat mati... dan insyaALLAH,sedikit sebanyak kita sedar kesalahan kita selama kita hidup..dan insyaALLAH,di bulan puasa yang penuh barakah ini sama-samalah kita memperbanyakkan lagi ibadah-ibadah kita untuk bekalan di akhirat kelak..insyaALLAH..
marilah kita muhasabah diri kita... :)

Thursday 4 August 2011

rindunye~

bila kita dah meningkat remaja..mulalah alam sekolah rendah dirindui..macam aku..zaman sekolah rendah lah satu zaman yang paling kelakar aku rasakan..sebabnya waktu tu masing-masing kebudak-budakan lagi..jadi,bila kita kenang kembali kisah-kisah di zaman sekolah rendah..aku rasa asyik nak tergelak je..dari aku darjah 1 sampai laa aku darjah 6,pasti ada cerita yang menarik yang takkan aku lupakan..bestnya kalu dapat kembali ke zaman tu..rindunya aku kat kawan-kawan lama..kawan-kawan yang selalu mengindahkan hari-hariku..kenakaln korang semua membuatkan aku rindu semua tu..rindunya kat cikgu-cikgu,kat sekolah..dan bila aku dapat contact kawan-kawan lama,aku rasa happy gilerr..happy sangat-sangat..apa-apa pun setiap tahun di sekolah rendah meninggalkan pelbagai kisah yang menarik buatku...memories never die..skkt always in my heart and i will not forget all the friends at skkt..miss you all~

Wednesday 3 August 2011

cerita 1 Ramadan 2011

1 Ramadan merupakan hari pertama umat Islam menjalankan ibadah puasa..sama macam aku.. pagi-pagi bangun sahur bersama keluarga..lepas sahur,aku buat kerja sekolah yang masih belum siap..lepas tu,siap-siap ke sekolah..bila masuk je waktu tengah hari,mula lah aku rasa mengantuk..namun,ku gagahkan diriku untuk tidak tidur di dalam kelas..bila jam menghampiri 12.25,aku dan kawan-kawan ku(group aku),tiba-tiba rasa nervous sebab masa tu adalah waktu bm..di mana kami kena berforum..bila cikgu masuk..aku and the gang pergi toilet..after a few minute,kami masuk semula ke kelas..masa mula-mula,pengerusi forum bercakap..masing-masing nak tergelak disebabkan lawak yang dilakukan olehnya..bila sampai giliran aku nak cakap,aku cakap je lah..tapi,bila nak masuk isi yang ke-2..pasal faktor,aku lupa apa yang aku nak cakap..so,aku diam sekejap..keadaan dalam kelas memang senyap-sunyi..kenapa diorang semua tak bagi respond macam sebelum-belum ni??pelik aku..
mungkin sebab puasa kot..diorang mengantuk and tak larat..huhu
bila habis jew berforum,leganya aku rasa..tapi,lepas tu pelbagai soalan dikemukakan oleh kawan-kawan yang lain..aku ada idea,tapi tak pandai ah nak bagi jawapan..nasib baik pengerusi dan panel 1 banyak idea..huhu
bila balik sekolah je,terus aku tidur..letih sangat aku rasa..bila bangun,solat asar..lepas tu,tengak tv kat dapur..dalam pukul 6.45 petang,aku pergi ikut kakak aku ke rumah nenek aku..lepas aku siap hidang makanan kat rumah nenek..aku pergi sungai kat belakang rumahnya..indahnya ciptaan Tuhan..aku suka lihat laut dan sungai..cukup mendamaikan..sambil menikmati ciptaan Tuhan,aku sembang-sembang kosong dengan kakak aku...dalam pukul 7,aku pulang ke rumah..lepas tu,buka puasa sama-sama dengan keluarga aku..then,aku rehat-rehat kejap..bila azan isya' mula berkumandang,aku pergi menunaikan solat terawih kat masjid..ada satu incident kat masjid  masa malam tu..memang menyakitkan hati aku..ada jugak manusia Islam yang macam tu..kalau ikutkan hati aku,memang aku nak marah gilerr kat dia..tapi,disebabkan aku tahu tak baik la marah-marah terutamanya dalam masjid..lagi pun,ni kan bulan puasa..jadi,aku tak jadi nak marah kat dia...aku malas laa nak cerita kat sini..tak baik memburuk-burukkan orang..Insya-Allah,dia sedar kesalahan yang dia lakukan ..
lepas balik terawih,aku buat homework..sambil-sambil buat homework ,aku terfikir tentang keadaan umat Islam zaman sekarang..umat Islam zaman sekarang dah makin teruk aku tengok..aku rasa sayu bila mengenangkan apa yang dilakukan oleh kita semua,umat Islam sekarang..macam-macam gejala sosial berlaku..astaghafirullah hal azim..
bila mengantuk,aku terus tidur...itulah cerita 1 Ramadan 2011 bagiku...hehe

salam ramadan al-mubarak

selamat berpuasa kepada seluruh umat islam..hari ini sudah tiga hari umat islam menjalani ibadah puasa..semoga ramadan kali ini lebih membawa berkat kepada kita semua..amin..
jadi,sempena ramnadan yang penuh barakah ini..banyak-banyakkanlah berzikir,bertadaraus,solat terawih,solat sunat dan sebagainya...setiap ibadat-ibadat yang dilakukan mestilah ikhlas kerana Allah S.W.T..moga-moga kita mendapat ganjaran pahala daripada-Nya..
sempena ramadan kali ini juga..mintalah kepada Allah agar segala dosa yang kita lakukan diampunkan oleh-Nya..ingatlah bahawa kita tidak tahu bilakah kita akan dimatikan..mungkin beberapa minit lagi,mungkin beberapa jam lagi dan mungkin juga esok,lusa..jadi,sebelum kita menutup mata buat kali yang terakhir..bertaubatlah dan mintalah keampunan dari-Nya..sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...

sesungguhnya pintu keampunan sentiasa terbuka kepada mereka yang bertaubat.... :)

Wednesday 27 July 2011

insaf buat sementara

cerita pasal keinsafan..aku nak cerita pasal kelmarin,sebab bermula dari kelmarin aku rasa perasaan insaf wujud dalam diriku..ceritanye bermula pada pagi kelmarin..selepas assembly pagi,aku ada kelas kimia..so,masuk makmal laa..huhu
lepas tu,cikgu pun mgajar laa...tiba-tiba cikgu nak bincang pasal report yang kena buat..aku buat report tu,tapi untuk interpreting data and discussion..aku tak siap..lepas tu,cikgu suruh berdiri..aku pun dengan jujurnya,berdiri laa..bila kena berdiri,mulalah aku rasa lenguh..tetiba je perasaan menyesal mula wujud di lubuk hatiku..MENYESALnya aku tak buat kerja..huhu
lepas tu,cikgu tanya soalan pasal kimia..aku ni,dah laa tak pandai mana bab-bab ni..kalu pasal formula lagi laa aku lupa..banyak sangat formula yang perlu dihafal..erm,sambung balik cerita..siapa yang boleh jawab,boleh duduk..dah laa kena tulis kat depan..lagi laa aku malas..tapi,akhirnya..aku pegi jugak tulis kat depan..(aku the last person yang jawab..huhu)
bila habis jew kelas kimia,aku tanya bff aku..(rase menyesal x??)kalu dah memang bff tu,memang sama ah dengan aku..dia pun rasa menyesal jugak..
so,kelmarin masa cikgu tak masuk kelas,aku dan bff aku buat kerja..(tak lagi duk sembang2 n ckp kosong..huhu)...
TERIMA KASIH,CIKGU..kerana telah menyedarkan aku...walaupun buat sementara...kerana dengan sementara aje semuanya boleh berubah..betul tak??
kamsahamnida~

Tuesday 19 July 2011

first time aku tinggalkan kelas in form 4

aku bukan nak sangat tinggal kelas..dah laa subjek bio dan add math..kalau boleh,memang tak nak tinggal pun kelas tadi..tapi disebabkan aku rasa itu satu tanggungjawab,so,terpaksa laa...sayang seribu kali sayang..huhu
tadi ada satu rombongan dari sk mak lagam,kemaman datang melawat sekolah aku..so,aku and the gang kena bawa diorang jelajah sekolah...bayangkan aku kena handle budak2..budak laki plak tu..doh laa,bising and banyak songeh sangat..ada 2 org jew yg senyap sikit dari 10 orang yang aku kena handle dengan aliya...
ada sorang budak tu..baik jew..tak bising macam budak lain..nama dye ikram zikry..nice name and nice person..
ade sorang tu plak,banyak mulut gilerr..tak habis-habis cakap...tapi,aku tak sempat tanya nama dia..huhu
dalam kul 1 diorang bertolak pulang..masing-masing penat belaka termasuk laa aku..doh laa awok2 pss geram gilerr kat someone ni yang langsung tidak bagi kerjasama...ish!!geram betul aku..ingat dia sorang yang tak nak tinggal kelas..kitaorang pun tak nak tinggal kelas jugak!!!huhu
tapi penat kitaorang semua berbaloi ah sebab dapat pengalaman untuk handle mende ni sume..hehe

Saturday 16 July 2011

a little bit busy!!

salam...
minggu ni dan minggu depan memang sibuk..sebab ada minggu pusat sumber..so,sebagai pengawas pusat sumber,aku kena adakan pertandingan sempena minggu tu..erm,tak de masa laa untuk aku main blog ni..kalu nak ber'facebook' boleh ah..hehe
k ah,aku nak buat homework pula..
wassalam..

Sunday 10 July 2011

ape2 aje..

assalamualaikum...
aku dapat rasakan hari-hari berlalu begitu pantas sekali..sedar tak sedar dah 10 hari di bulan Julai..
tak lama lagi dah nak puasa...bestnye!!
erm,tadi aku ada terbaca something ni.. (persahabatan itu umpama tangan dan air mata..saat tangan terluka,mata menangis..saat mata menangis ,tangan menghapusnya)..so sweet~
so,aku dambakan seorang sahabat yang sentiasa di samping aku di saat aku susah dan senang..aku dambakan seorang sahabat yang setia dan jujur..dan aku dambakan seorang sahabat sejati..
dalam waktu 16 tahun aku hidup,aku tak pernah ada sahabat sejati..kalau setakat sahabat karib tu,adalah..
tapi,bagiku,sahabat karib tak sama dengan sahabat sejati..huhu
but,this year ..i found someone yg 'sekepala' dengan aku..i'm so happy when i found the people that has a same hobby like me..so that,i can always share my hobbies with her..but for me,she still can't be my true friends..hehe
tapi,apa-apa pun..aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku dikurniakan ramai kawan yang sentiasa menjadikan hidupku cukup indah... ^,^

Wednesday 6 July 2011

06/07/2011

today is my younger sister's birthday..and birthday kawan aku pun ari ni jugak..aku nak ucap "EPI BESDAY!!" erm,tadi mase kat sekolah,aku langsung tak prepare untuk pembentangan..hehe..jadi,aku redah jew laa..cakap aje sesuka hati..nasib baik,ape yang aku kena cakap tu,tak panjang..kalau panjang,mampus laa aku jawabnya..hehe
nanti,aku kena buat oral,forum dan macam-macam presentation lagi..huhu..malasnya aku....tapi,walau macam mana malas sekali pun aku,aku kena rajin jugak..kerana orang selalu cakap "kalau malas,macam mana nak berjaya??"..jadi,aku kena jadi rajin..i have to be hard-working..very hard-working from now..
'basya!!'...
aku teringat akan satu kata-kata ini.."kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu sejuta macam pengorbanan dan kepahitan"..
oleh itu,aku perlu belajar dan belajar walaupun ianya pahit kerana aku ingin mencapai kemanisannya,iaitu kejayaan...sama-samalah kita muhasabah diri..sama-samalah kita bangkit untuk mencapai sesuatu yang kita impikan...

Sunday 3 July 2011

03/07/2011

ari ni first time aq wk blog..kirenye aq bdax yg bru bljr nk knl blog..u know why i'm feel interest to have a blog?? coz aq ske tgk blog org..hehe
sowi ah klu blog aq x brape mnarik..6ti,aq akn improved dr semasa k semasa..hehe