Powered By Blogger

Saturday 6 August 2011

hati & perasaan, hanya ALLAH tempat ku mengadu..

apa yang ada pada hati dan perasaan??dalam hati sudah tentu ada pelbagai perasaan..gembira,sedih,rindu,benci,sayang,fed-up,geram,marah, dan lain-lain lagi..
kadang-kadang lebih baik perasaan tu hanya hati kita sahaja yang mengerti..biar laa kita sahaja yang tanggung semua tu dan tak perlu dikongsi perasaan tu..betul tak??
dua-tiga hari ini aku rasa sedih sangat..aku tak tahu kenapa..huhu
dan sejak akhir-akhir ni,aku pun rasa happy..macam-macam perasaan terbit di lubuk hatiku ini..dan bila kita fikir-fikir balik..hanya ada satu tempat yang sesuai untuk kita luahkan perasaan hati kita,iaitu kepada ALLAH..hanya Dia tempat kita mengadu..
sekarang aku nak kongsi satu perasaan yang aku alami,iaitu sedih...aku sedih sangat bila melihat keadaan umat Islam pada zaman sekarang..dah makin teruk aku tengok..macam mana kalau Rasulallah masih ada bersama kita??adakah Nabi gembira melihat keadaan umat zaman sekarang??mari kita renung-renungkan..
gejala sosial dah makin berleluasa zaman sekarang...dan kebanyakannya dari umat Islam..nauzubillahi min zalik..cuba kita lihat dalam kampung kita..macam mana keadaan umat Islam di kampung kita..kalau dah kucar-kacir..apatah lagi dalam sesebuah masyarakat...jadi,sama-samalah kita ubah perangai kita...ingat mati,ingat mati dan ingat mati... dan insyaALLAH,sedikit sebanyak kita sedar kesalahan kita selama kita hidup..dan insyaALLAH,di bulan puasa yang penuh barakah ini sama-samalah kita memperbanyakkan lagi ibadah-ibadah kita untuk bekalan di akhirat kelak..insyaALLAH..
marilah kita muhasabah diri kita... :)

1 comment:

  1. zaman era globalisasi ini, banyak cabaran dugaan dan ujian yg kene kita hadapi...kita kengkadang tu dapat dosa percuma melalui televisyen jer.. zaman dulu, tak ader televisye atau internet

    harap, kita dapat lepasi semua ujian ini dengan baik..amin

    ReplyDelete