Wednesday, 3 August 2011

cerita 1 Ramadan 2011

1 Ramadan merupakan hari pertama umat Islam menjalankan ibadah puasa..sama macam aku.. pagi-pagi bangun sahur bersama keluarga..lepas sahur,aku buat kerja sekolah yang masih belum siap..lepas tu,siap-siap ke sekolah..bila masuk je waktu tengah hari,mula lah aku rasa mengantuk..namun,ku gagahkan diriku untuk tidak tidur di dalam kelas..bila jam menghampiri 12.25,aku dan kawan-kawan ku(group aku),tiba-tiba rasa nervous sebab masa tu adalah waktu bm..di mana kami kena berforum..bila cikgu masuk..aku and the gang pergi toilet..after a few minute,kami masuk semula ke kelas..masa mula-mula,pengerusi forum bercakap..masing-masing nak tergelak disebabkan lawak yang dilakukan olehnya..bila sampai giliran aku nak cakap,aku cakap je lah..tapi,bila nak masuk isi yang ke-2..pasal faktor,aku lupa apa yang aku nak cakap..so,aku diam sekejap..keadaan dalam kelas memang senyap-sunyi..kenapa diorang semua tak bagi respond macam sebelum-belum ni??pelik aku..
mungkin sebab puasa kot..diorang mengantuk and tak larat..huhu
bila habis jew berforum,leganya aku rasa..tapi,lepas tu pelbagai soalan dikemukakan oleh kawan-kawan yang lain..aku ada idea,tapi tak pandai ah nak bagi jawapan..nasib baik pengerusi dan panel 1 banyak idea..huhu
bila balik sekolah je,terus aku tidur..letih sangat aku rasa..bila bangun,solat asar..lepas tu,tengak tv kat dapur..dalam pukul 6.45 petang,aku pergi ikut kakak aku ke rumah nenek aku..lepas aku siap hidang makanan kat rumah nenek..aku pergi sungai kat belakang rumahnya..indahnya ciptaan Tuhan..aku suka lihat laut dan sungai..cukup mendamaikan..sambil menikmati ciptaan Tuhan,aku sembang-sembang kosong dengan kakak aku...dalam pukul 7,aku pulang ke rumah..lepas tu,buka puasa sama-sama dengan keluarga aku..then,aku rehat-rehat kejap..bila azan isya' mula berkumandang,aku pergi menunaikan solat terawih kat masjid..ada satu incident kat masjid  masa malam tu..memang menyakitkan hati aku..ada jugak manusia Islam yang macam tu..kalau ikutkan hati aku,memang aku nak marah gilerr kat dia..tapi,disebabkan aku tahu tak baik la marah-marah terutamanya dalam masjid..lagi pun,ni kan bulan puasa..jadi,aku tak jadi nak marah kat dia...aku malas laa nak cerita kat sini..tak baik memburuk-burukkan orang..Insya-Allah,dia sedar kesalahan yang dia lakukan ..
lepas balik terawih,aku buat homework..sambil-sambil buat homework ,aku terfikir tentang keadaan umat Islam zaman sekarang..umat Islam zaman sekarang dah makin teruk aku tengok..aku rasa sayu bila mengenangkan apa yang dilakukan oleh kita semua,umat Islam sekarang..macam-macam gejala sosial berlaku..astaghafirullah hal azim..
bila mengantuk,aku terus tidur...itulah cerita 1 Ramadan 2011 bagiku...hehe

3 comments:

  1. Nak kenal sangat dengan pengerusi forum ko tu..haha:)

    ReplyDelete
  2. nanti aku kenalkan kat ko ea.. :)

    ReplyDelete
  3. forum yg bagusla ko...tabik
    =D

    ReplyDelete