Friday, 10 January 2014

ceriteraku~

assalamualaikum semua.. tetiba datang mood nak menaip,walaupun pada hakikatnya aku rancang nak habiskan bacaan novel..tapi,tak pe laa..mood nak update blog dah datang..so, here we go!!!

dari dulu lagi,memang aku nak cerita pasal korang tapi selalu jew tak de masa..sekarang pun,entah laa berjaya atau tak aku habiskan cerita nim..tapi,tak pe laa..just go on kata orang..

this is last season in my secondary school.. 5AQ stands for 5 Al-Qalam...


guru kelas kami namanya Ustazah Pauziah dan ustazah ajar kami subjek Bahasa Arab..one of my favourite subject after Mathematics..5AQ punya cerita suka dan duka dimana akan berlaku pelbagai kisah antara 10 orang putera dan 20 orang puteri.. pelbagai kenangan juga telah ku cipta di sini..

nak dijadikan cerita,aku pun tak tahu macam mana aku boleh berada kat kelas ni..5AQ.. dah takdir aku kat sini,aku redha..walaupun aku kena hadapi masalah dengan mak ayah..hari-hari kena berleter,kena brainwash, kena dengar pelbagai ayat yang aku rasa aku tak mampu nak dengar..aku rasa macam nak mati dah waktu tu..yela,elok-elok duduk first class waktu form4,tetiba turun ke kelas ketiga waktu form5.. memang kena ar aku!! dah nasib badan..nak wak camne kan..dah laa,aku sengsorang jew perempuan yang tercampak dari kelas1 ke kelas3.. yang lain semua tercampak kelas2 jew..memang tak de mood pun waktu first week in 5AQ..aku tak de kawan.aku tak de geng.. dah laa,hari-hari kena hadap dengan bebola api yang keluar dari mulut kedua ibu bapaku..saban hari,aku nangis.. apa salah aku sampai perlu marah aku macam tu? satu jew aku pegang, duduk ar kat ceruk mana pun hatta kelas paling last pun,tapi kalau rajin dan ada usaha,insyaALLAH ALLAH tolong..mesti berjaya juga..tak bergantung pada kelas pun..pada diri sendiri jew sebenarnya..tapi,bila aku keluarkan hujah aku yang bertubi-tubi,lagi teruk aku kena..lagi dalam luka kat hati ini..aku tak kuat! dah laa,akak aku tak de kat rumah..tiga-tiga orang belajar kat tempat masing-masing...so,pada siapa aku nak berlindung? nak bagi nasihat aku? nak pimpin aku untuk bangun?

akhir sekali setelah aku dekat padaNYA.. DIA mengirimkan seseorang untuk teman aku pada suatu malam.. terima kasih ALLAH..syukur sangat selepas diberi nasihat oleh abang..aku kembali bangun..apa abang cakap kat aku, "hei,mung nangis gini,settle masalah ke?".. tapi,aku rasa lega..rasa tenang..abang tahu apa? bukan abang yang alami.. dia senyap jew..aku cerita kat dia apa yang aku rasa dalam keadaan sendu yang masih bersisa.. "siapa tak sedih,hari-hari duk cakap aku kuat fb laa,kuat maen game laa,malas study laa,itu laa ini laa..teruk pada yang lain..aku tahu laa mak ayah harapkan kat aku..tapi,maaf laa sebab aku tak mampu buat yang terbaik.. dah laa,aku masuk kelas tu tak de kawan..lagi ar aku sedih".... setelah diberi nasihat..tak de laa nasihat sangat..abang bukan pandai pun nak nasihat orang sebab dia pun tak berapa nak betul sangat..tapi,tu laa..aku dah janji dengan abang,aku takkan nangis lagi..aku kena kuat..lantak pi ar mak ayah nak cakap apa! yang penting aku kena belajar dan terus belajar..pasal kawan,jangan risau..nanti,mesti akan dapat kawan jugak..awal-awal,biasa laa tu...

bila aku dah ok..dan alhamdulilah,aku pun dah punya kawan.. dari kawan biasa-biasa, lama-lama jadi makin rapat dan rapat... Syifa', you are my bestfriend ever!


walaupun masa sekolah rendah,sempat kenal setahun,tapi tak de laa rapat sangat..tapi,sekarang insyaALLAH,sampai selamanya persahabatan kita takkan terputus.. :)

tanpa melengahkan masa yang sekian suntuk,jom kembali pada tujuan yang sebenar..ok,start with my 10 classmate (boys)...


ni laa wajah-wajah classmate aku yang tak berapa nak hensem sangat ni..haha *gurau jew*
everyone have their own advantages,right..sama ada dari segi paras rupa atau akhlak atau agama atau apa sahaja laa...
1. Haziq - dia ni dari form1 lagi satu kelas dengan aku.. seorang jejaka yang memiliki sepasang mata 'hazel nut', yang juga mempunyai satu suara yang sedap didengar di kala mengalunkan kalimah suci Al-Quran..waktu form1,aku duduk belakang dia..so,i like his style actually (banyak yang baik-baik laa..dont know how to mention it).. dan aku juga tahu,dia punya ramai peminat..almaklumlah,menepati ciri-ciri jejaka idaman.. hehe teruskan dengan apa yang awak minat Haziq,semoga akan menjadi imam dan ustaz satu hari nanti (sesuai dengan awak)..menyebarkan ilmu agama kepada semua..

2. Mirul Hakim - yang ni pulak,aku kenal sejak form2..dia masuk kelas aku (KKQ) sama dengan Hakim (kawan aku dari kecil).. dari segi fizikal,tak pe aku paham..ALLAH ciptakan manusia ni dengan pelbagai jenis dari segi rupa,bentuk badan,warna kulit dan sebagainya..tak pe,Miro..ada kelebihan di sebalik kekurangan ok..apa yang aku nampak,Miro ni jenis yang bising-bising..kal tak de dia,senyap laa kelas kami jawabnya.. Miro,terima kasih untuk hadiah tu..sangat-sangat hargai..walaupun sebenarnya Jafni tak suka mangga..tapi,tak pe laa..sangat-sangat hargai sebab dah lama dah tak dapat hadiah..last dapat,waktu darjah6..lepas tu,tak pernah dapat hadiah dari kawan lelaki..memang tak sangka akan dapat hadiah waktu sekolah menengah.. *senyum sengsorang* thanks friend...

3. Thaqif - budak ni aku kenal waktu form1 jugak..budak yang paling diam yang pernah aku jumpa setakat nim..suka duduk tepi tingkap..dia ni anak tunggal..muka,boleh tahan laa..putih..sepatah cikgu tanya,sepatah laa dia jawab..kadang tu,tak jawab langsung..nampak biadap kan..tapi,muka dia sentiasa slumber jew..aku pun tak tahu nak describe kau ni macam mana..apa yang aku tahu,ada laa orang minat kau...apa entah yang ada pada kau sampai diorang minat,pun aku tak tahu..huhu

4. Erry - atau nama sebenarnya Syazwan Zuhairi.. dia ni,aku kenal waktu form4..mula-mula masuk kelas tu,aku ingat dia budak baru..yelaa,tak pernah nampak pun dari form1-form3..erm,tak famous laa kot budak ni sebab tu aku tak kenal..biasa laa,aku ni pun bukan kenal sangat student satu batch..kecuali yang famous-famous and classmate aku..haha Erry nim budak baik..aku tak tahu laa kenapa aku selalu rasa kasihan bila tengok dia..mungkin,setelah aku tahu background family dia kot..tak pe laa,masing-amasing ada problem kan.. Jeff paham Erry.. sebab tu Jeff sanggup tolong Erry siapkan kerja sekolah..mungkin,lain kali Erry pulak tolong Jeff kan.. :) kita kawan sampai bila-bila taw..terima kasih sudi jadi kawan Jeff

5. Zepah - Huzaifah? tak pernah dengar pun nama ni..first dengar,ingatkan perempuan..dia ni masuk waktu form4..dan satu kelas dengan aku..dia ada kembar,nama Husaini..kecik-kecik,cili padi..tu istilah aku leh bagi kat mung Zepah..haha nampak jew kecik,baik..tapi,hampeh gak kadang-kadang..tak pe,aku pun kadang gitu gop Zepah..haha

6. Afif - budak Kedah..dia masuk waktu form4..boleh tahan hensem jugak kawan aku sorang ni..haha dia ni,ok jew..aku takkan lupa macam mana mung contact dengan aku.. ingat aku percaya laa,nama mung Razak..klasiknye nama..tapi kan Fif,aku ada kawan kat sini nama Razak..Abdul Razak nama dia..first aku dengar Razak,aku ingat masa mung kacau aku dulu..hor,pandai ngat nak kacau orang hor..haha apa pun Fif, good luck! belajo molep..kalu free, balik ar Teganu nim..leh wak reunion..aku nak wak,biar semua ada..tak best kalu tak cukup orang..haha anyway,thanks for being my friend.. :)

7. Syakir - ni budak paling nakal dalam kelas aku.. dari lower form,aku taw nama dia sebab budak famous dalam kenakalan..ponteng kelas,tak pakai neck tie,pakai selipar..tu benda biasa bagi dia.. Syakir..Syakir.. apa laa nak jadi.. first contact dengan Syakir,tetiba dapat mesej,dia cakap nak mintak tolong dengan aku.. pahtu mintak maaf kalu ada salah silap..nampak sangat,awak ada buat silap dengan saya kan Syakir..haha terima kasih atas masa yang diluangkan untuk berkongsi cerita.. awak tahu tak,pernah saya kena kata yang awak dengan saya ada apa-apa..ya ALLAH,tolong laa..saya kawan jew dengan awak.. dan alhamdulilah,now..aku dah tak contact dengan dia..tak tahu kenapa..mungkin,dah takdir kot..sekadar kawan baik waktu form5.. tq Syakir.. lesung pipit awak mahal taw..haha

8. Fathiey - nice spelling right.. aku suka nama dia..comel..sebab unik..ada 'EY'.. sebab tu,aku suka eja nama aku Jafniey..macam abang... Ediey.. abang aku pun nama dia cantik..aku suka.. hurm,first..aku pun ingat dia ni student baru..padahal,dari form1 lagi kat TJ..haha memang bukan budak famous ar ni..kuang3
nampak macam baik..dan memang baik pun.. eh,ye ke? ntah laa..ok jew awak ni.. first contact,waktu pertengahan tahun..awak tanya saya pasal result exam.. aku ni kalu duk kelas pertama,memang tak de harapan ar nak pegang gelaran 'budak top5 kelas'..tapi,bila duk kelas ketiga ni..boleh laa dapat nombor ok.. pahtu,aku rapat dengan dia..macam aku kawan dengan Erry dan Syakir..camtu laa..and until now,saya masih anggap awak kawan saya taw..pasal semua yang berlaku dulu tu,biar laa jadi kenangan jew..kita kawan sampai bila-bila taw.. :)

9. Mirul Ceraf - Amirul Asyraf nama dia.. dia ni budak baik.. apa yang aku suka tentang dia, dia pandai melukis..aku suka tengok orang pandai melukis kartun..comel.. teruskan usaha mung,Miro Ceraf.. semoga jadi kartunis nanti..tak pun,nanti boleh wak bussiness..ambil tempahan siapa yang nak suruh lukis kartun..boleh wak duit tu..hehe

10. K-ril -  Khairil ni dari sekolah rendah aku kenal dia..budak satu kampung dengan aku..dia ni ketua kelas aku..tak de apa laa aku nak cerita pasal dia..haha lain kali wak ar something,baru boleh aku cerita pasal mung..

now,kita cakap pasal kita-kita pula.. Girls 5AQ


penat laa pula nak menaip..20orang..adoii..parah laa..tak pe,ku cuba! :)

1. Yati - ni sangat sesuai dengan Thaqif..pendiam... tapi,ok jew sebenarnya awak ni..minat sangat dengan David Archulatte tu.. *betol ke tak aku eja,aku pun tak tahu* pasal drama Melayu,saya suka kongsi cerita dengan awak..sebab awak pun layan cerita tu..hehe

2. Wan Ain - hafizah dia nim..MPP.. budak baik.. :)

3. Thirah - ni jenis gila-gila sikit..hehe *gurau jew Thirah..jangan marah*.. mung ok jew Thirah..tak de apa sangat aku nak hurai..

4. Naemi - kawan dari sekolah rendah lagi..hehe mung pun ok jew Naemi.. :)

5. Dibah - ni sorang lagi..ada kembar..nama Fiqah.. Dibah pun ok jew..

6. Maher - nama dia Mahirah..tapi panggil Maher jew.. comey..biasa laa,orang kulit putih ni comey belake..hehe mekasih ar Maher sudi kongsi cerita dengan aku gop..waktu PSM,gi belajo same2..mung ok jew dengan aku..jangan lupa jemput aku kalu nak wak nasi minyak ea.. :)

7. Anis - Anis ni,aku tak rapat sangat..dia ada problem sampai tak pergi sekolah laa..kesian dia.. semoga mung ok sekarang Nis..

8.Una - Husna ni pun budak baik..MPP.. fanatik sangat dengan warna pink sampai kadang aku naik menyampah tengok dia & pink.. yela,aku ni anti-pink *sekarang,ok dah..tak anti pun..* hehe

9. Pipah - Afifah ni terror jugak bahasa Arab dia taw..kadang,aku pun rujuk dengan dia.. nampak jew macam tu,tapi hebat laa..so,dont judge a book by its cover.. Pipak pun ok jew Jay tengok..

10. Ain - ni kawan baik Pipah..kecil molek..cute.. Ain pun ok jew..

11. Mina - ni budak paling bising kat kelas..sesuai ar dengan Miro Hakim..kalu tak dop mung Mina, memang senyap ar kelas aku rasa..hehe

12. Wa - Najwa.. ni salah sorang kawan baik aku..Wa,thanks sudi dengar cerita Jay.. Thanks sudi jadi kawan Jay.. gi belajo PSM pun same2..nangis sama-sama..Jay ingat lagi waktu tu Wa.. stor kelas kita tu jadi mangsa kita curah air mata situ..haha *kenangan terindah* satu masa,kita jumpa ye Wa..lama tak sembang dengan Wa

13. Dayang - MPP..budak baik..anak bongsu.. Dayang sokmo wak Jay ingat kat kakak Jay hok sulung...suka sangat wak lawok..macam-macam gelagat.. suka tido.. kalu waktu Kimia tu,jarang jew Dayang tak tido..Jay sokmo kejut Dayang..jangan tido!! hehe *kenangan* mesti sekarang,Dayang kurang tido doh op..duduk Sarawak molep2 Dayang..jauh merantau tu..kalu Jay,mesti tak kuat dah.. chaiyok2,Dayang! :)

14. Izzah - duduk setentang dengan aku..budak baik..ustazah Pauziah kenal umah Izzah..selalu jugak diorang sembang bersama..hehe Izzah ok jew..belajo molep Izzah..

15. Hana - pangkal belakang nama aku..Hana.. orangnya tinggi lampai..paling tinggi dalam kelas aku,kalah budak lelaki..hehe Hana baik jew dengan aku..bendahari kelas ni..hehe

16. Sarah - budak ni macam kembar aku dah..banyak benda aku selalu berebut dengan dia..tak sangka kami punya citarasa yang sama.. Sarah, Sarah.. ada juga wakil kelas kita jadi cikgu ye..Jay pun nak IPG, tapi tak pe laa..bukan rezeki Jay untuk masuk IPG.. Cikgu Sarah belajo molep ea..jangan lupakan Jay ye.. Jay rindu Cikgu Sarah..hehe ayat ntah pape..ejaan salah..jangan marah saya cikgu :)

17. Aina - ni budak sembey.. hari-hari aku takkan lupa ayat mung Aina.. mung sokmo tegur aku pagi-pagi.. "Pagi..cuh senyum gop sikit..pagi2,masam opmo" .. Na, biasa ar aku pagi-pagi tak dop mood sikit..tapi,sokmo aku ingat pesan mung Na.. senyum :) mung kan happy go lucky opmo.. Na,aku rindu mung..mung sokmo dengar cerita aku..mung ar orang first hok banyak aku cerita..pahtu,baru She4.. aku harap mung tak lupa aku Na..walaupun sekarang kita tak contact dah..aku text mung,mung jarang jew balas..tak pe,mung busy kot..aku paham.. good luck Na.. sayang mung

18. Syu - Syu ni minat Sains..memang result gempak ar kalu subjek Sains..hebat Syu.. teruskan usaha.. Syu pun ok jew dengan Jay..kadang-kadang jew ada problem sikit dengan Syu..huhu tapi,biasa ar..bukan hidup,kalu tak de problem kan.. :)

19. She4 - last but not least..my bestfriend Syifa'.. Jay nak cerita kat She4 pasal nape2 pun,Jay takut pada mulanya..sebab apa? sebab Jay takut She4 pandang Jay serong.. Jay nampak jew baik,tapi jahat pada hakikatnya..tapi,bila Jay cerita something, Jay baru nampak She4 camne.. She4 macam Shah.. Shah pun bestfriend Jay..tapi,bila terpisah kelas,Shah tak banyak taw pasal hidup Jay kat 5AQ..so,She4 laa galang ganti..walau tak sama,tapi Jay happy boleh kawan macam She4..She4 setia mendengar macam sepupu Jay jugak..hehe lepak rumah She4..cerita itu ini..dan kita pun contact jugak walaupun jarang-jarang.. :) sayang She4..miss u..banyak nak story nim..hehe lama tak jumpa ekpon


so,konklusinya..10orang classmate aku (boys) semuanya sporting.. terutamanya di alam maya..macam aku :)
bila realiti,macam tak kenal langsung..haha.. Haziq,Zepah,Miro Hakim.. Syakir,terima kasih kerana sudi hadir sebagai kawan baik waktu form5.. Afif,Erry,Fathiey, terima kasih kerana masih berhubung dengan aku..kita tetap kawan sampai bila-bila.. :)
dan buat kawan-kawan perempuan tu,aku paham sangat..masing-masing bawa hal sendiri sekarang kan..tapi,ingat..aku TAK pernah lupakan korang semua..sekali kau masuk dalam hidup aku,aku takkan lupa..takkan padam nama korang dalam ingatan aku nim..

insyaALLAH,ada masa,kita jumpa semula kawan-kawan 5AQ..buat reunion ke apa ke..belanja korang ke..tengok laa macam mana..kalau diizinkanNYA, kita ada masa untuk jumpa semula.. ukhuwah fillah abadan abada...ok laa,aku dah penat dah menaip..aku harap korang jangan salah paham dengan apa yang aku nyatakan semua..itu ikut hati aku jew..main taip jew apa yang terlintas kat benak fikiran ini..mungkin orang akan judge aku, "Jafni,macam ni? ya ALLAH,teruknya"..ya aku akui,aku teruk..aku jahat..aku nakal..korang tegur laa aku.. kita manusia,iman turun naik..kadang kita sedar,kadang tak sedar.. kadang kita baik, kadang kita jahat.. kadang lagha,kadang tak lagha.. ya ALLAH,aku cuba untuk jaga ikhtila' aku..aku cuba untuk jadi baik..bimbing aku kawan-kawan..andai aku rebah,bantu aku untuk bangun..andai aku bersedih,hiburkan aku.. aku pun akan cuba lakukan yang sama untuk korang..

ok..aku nak upload gambar kenangan kita semua.. rindu korang..
rindu-rindukanlah diriku sepanjang hari-harimu :)


belajar Biology.. rindunya,nak salin cepat-cepat apa yang ada kat skrin,tulis atas kertas yang teacher bagi..huhu


focus2!!!





with my lovely twin.. hehe ;)




kami anak merdeka!

xlarat dah nak aku teruskan..dah 2.15pagi dah..nak tidur dulu..lewat sangat dah nim..semoga akan disambungkan cerita di masa akan datang insyaALLAH..

akhir kalam..maaf atas segala salah silap selama berkawan sepanjang 2012.. kenangan yang tercipta takkan ku lupa.. asif ala kulli hal.. ma'annajah..
sekali berkawan,selamanya kawan.. teman sejati takkan berubah hati.. ku setia menjadi temanmu dan ku harap kau juga begitu.. :)

maaf andai terkasar bahasa tersilap bicara..rindu kamu semua wahai sahabat 5AQ.. ~

1 comment: