Powered By Blogger

Saturday 4 January 2014

2014 ~

Assalamualaikum.. hari ni dah 4 Januari 2014..tapi,masih belum terlambat agaknye untuk aku melafazkan SELAMAT TAHUN BARU 2014... azam baru di tahun baru :)
semoga aku dapat berubah jadi semakin baik sebagai seorang hamba yang taat kepada perintah dan suruhanNYA, seorang anak yang mendengar kata kedua ibu bapa,menjadi penyejuk mata kepada mak dan ayah, seorang kakak yang sentiasa sayang dan ambil perhatian tentang adik-adiknya, seorang adik yang ikut arahan abang dan akak, seorang sahabat,teman mahupun kawan yang setia,yang membantu di kala susah,yang sudi menyalurkan bantuan dan semangat di kala memerlukan, seorang anak murid yang mendengar kata...dan lain-lain tanggungjawab yang aku pikul..harap aku boleh laksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin..insyaALLAH
azam-azam yang lain tu tak perlu tahu laa kot..hehe


Ku seolah-olah mencari sesuatu yang hilang...
Ku rasakan ada sesuatu yang kosong dalam jiwaku..
Ku tak tenang..
Ku resah.. gelisah..
Ku sedar apa yang kurang...
IMANku.. AGAMAku...
Ya ALLAH, ENGKAU ampunkan segala dosaku..segala dosa kedua ibu bapaku..kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil..
Kuatkan aku ya ALLAH..kuatkan IMANku..kuatkan pegangan AGAMAku..
Amin Ya Rabbal Alamin...

kalau korang nak tahu,sekarang ni aku sibuk dengan assignment..tapi,aku masih ada masa untuk blogging..entah laa,mungkin ada mood nak taip segala bagai..sebab tu,aku buka jugak blog aku nim..hehe
aku dah start semester 2 pada 20hb 10 2013..sekarang ni, minggu presentation and assignment segala bagai tu..yela,sebulan jew lagi sebelum aku final exam semester2.. 2/2/2014 ni study week.. thats mean i have another 3 weeks to finish my lessons.. 3minggu jew lagi kena pergi kelas..huhu

this is my plan right now:
1) finish assignment for subject fann tajwid wa al-tilawah (submit tomorrow : 5/1/2014)
2) finish assignment for subject madkhal akidah (submit this monday : 6/1/2014)
3) study for presentation tasawwur islam ( present this tuesday : 7/1/2014)
4) finish assignment for subject mutolaah ( submit on 9/1/2014 )
5) do some research for assinment balaghah
6) think about assignment syariah islamiah
7) think about assignment nahu
8) think about assignment sarf
9) think for speaking test and oral test
10) think for assignment maqal
11) think for assignment muhadathah
12) think for what to do with nasyatat
13) nothing to do with MPS

nah! complete 13 subject that I take for this semester.. hurm,apa yang tak kena dengan aku pun aku tak tahu laa..assignment nak kena submit esok lusa, tapi masih sempat menghabiskan novel,masih sempat main facebook,chatting,main mesej..ya ALLAH,mana kesedaran aku ni? ha,ni mesti banyak sangat aku lagha ni..astaghfirullahalazim..masyaALLAH

Jafniey Hana,get up please!! move on with your life!! stop thinking about them... stop thinking your problem that you have for a few minute..finish your work first,... the,fikir ar balik apa yang kau nak fikir tu sangat..
erm,nanti kalau aku free lagi,aku nak cerita pasal kawan-kawan aku taw..sejak dua menjak ni, asyik teringat kat kawan-kawan aku jew..dah laa,ada sorang ni,contact aku balik..lama tak dengar khabar berita dari dia..hehe dan satu lagi,aku nak cerita pasal someone that always disturb me... hehe
ingatkan bila masuk Universiti Malaya kat Nilam Puri ni, ambil course agama (Asasi Pengajian Islam), aku dah boleh lari dari masalah yang berkaitan dengan lelaki, tapi masih ada jugak.. kenapa laa aku selalu jew ada kenangan dan masalah dengan mereka yang bergelar L.E.L.A.K.I ?? aku pun tak paham..tapi,aku sentiasa cuba untuk think positive..


ALLAH kirimkan dia untuk UJI aku..
ALLAH kirimkan dia untuk lihat sejauh mana KESABARANku..
ALLAH kirimkan dia untuk bagi aku KENAL mana baik mana buruk..
ALLAH kirimkan dia untuk aku merasai MANIS dan MASAMnya kehidupan..
ALLAH tahu aku mampu bertahan dengan ujianNYA.. sebab
ALLAH uji seseorang hamba mengikut kemampuan hambaNYA itu..
aku ada ALLAH... buat apa aku nak takut dengan ujian dan dugaan ini..
ok... Jafniey Hana, hadapi dengan tabah segala ujian dariNYA..
bertindak dengan bijak ok..jangan sampai tersilap langkah.. buruk padahnya nanti..
istikharah kalau tak tahu nak buat pilihan..
and always remember.. parents and siblings always be there..
always story your problem with parents and siblings.. :)


#tetiba teringat kat rumah..mak ayah.. along abang akak adik-adik... miss you so much..

1 comment: