Powered By Blogger

Friday 28 December 2012

sahabat~

assalamualaikum dan selamat malam.. :)
pada malam ini aku sekadar ingin berkongsi satu artikel yang aku baca dalam satu risalah Islam.. ye laa,aku dah tak ada idea dah ni..asyik-asyik cerita benda yang sama jew kan..bosan~
jom kita ikuti artikel yang bertajuk : KERANA DIKAU SAHABATKU

Apabila berbicara mengenai sahabat, pastinya semua insan inginkan sahabat yang dapat memahaminya, setia dalam suka mahupun duka dan pelbagai lagi kriteria yang ditetapkan bagi menjadi sahabat yang baik. Namun, pernahkah kita lihat pada diri kita sendiri. apakah kita sendiri sudah cukup memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan itu?

Maka, di sini saya ingin mengajak anda semua untuk merenungi satu perkongsian mengenai persahabatan.

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri. Tetapi dalam bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nantikan kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.



Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk dia bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia.

Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...


 Kalau kita faham bahawa ukhuwah tertinggi adalah itsar (melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, nescaya semua orang akan menjadi sahabat yang baik, tiada rasa iri hati bahkan sentiasa menginginkan kebaikan untuk sahabatnya.

Namun, apa yang paling penting ialah kita dapat mencari seorang sahabat yang dapat mendekatkan kita kepada Allah S.W.T, bukannya mendorong kita ke arah kemurkaan Allah..

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika kita tersalah memilih sahabat, kita akan merana dan menerima padahnya. Ini selari dengan hadis Rasulallah SAW yang bermaksud:

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya. Oleh iti, hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya"    (Hadis riwayat Abu Daud)

Maka,sama-samalah kita mencari dan menjadi sahabat yang baik.. Wallahua'lam~

p/s: terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku, rakanku, temanku, classmateku n so on... thanks for everything friends..sorry for everything..and please remember that we always be a friends....

kerana Allah kita bersahabat..jangan lupakan aku taw.. :)
may your life be blessed,friends.. i love all of u..thanx for being my friend~

wassalam~

No comments:

Post a Comment