Powered By Blogger

Thursday 27 December 2012

kenangan terindah 1~

assalamualaikum semua..tanpa kita semua sedari, minggu depan dah masuk tahun baru kan..sekejap jew masa berlalu..begitu pantas..pejam celik jew, dah nak habis tahun 2012 kan..so,mesti banyak kenangan yang terukir dalam tahun tersebut kan..jom,ikuti kenangan yang pernah aku lalui pada zaman sekolah rendah..nanti,aku kongsi kenangan sekolah menengah pulak..ok.. :)

hmm,sekarang kita mulakan dengan darjah 1,ok.. kenangan yang takkan ku lupakan ialah beg aku rosak disebabkan seorang budak ni..sakit hatiku dibuatnya..begini alkisahnya.....

masa tu waktu nak pulang dari sekolah..macam biasa,aku keluar dari kelas..tiba-tiba ada la budak kelas aku ni panggil aku..aku tanya la dia..

aku : nak ape?..
dia : nak duit sikit boleh?..
aku : tak boleh..
dia : boleh laa..eh,kau anak cikgu kan?..
aku : kenapa?
dia : jawab laa..aku tanya..

aku angguk jew laa..malas dah nak jawab..lepas tu,dia mintak duit dengan aku..aku cakap laa yang aku tak ada duit..memang duit aku dah habis dah masa tu..memang tak tipu pun..tapi,dia tak percaya..aku seluk tanganku ke dalam kocek bajuku..memang kosong..tak ada duit satu sen pun.. disebabkan aku malas nak layan budak lelaki tu,aku pun beransur-ansur mengundurkan diri darinya..belum sempat aku nak lari,dia capai beg sekolah aku..terkejut sangat-sangat waktu tu..aku pun suruh laa dia lepaskan beg aku.. dia tarik beg aku dari belakang..so,aku memang tak boleh nak bergerak selagi tanggannya masih terlekat pada beg sekolahku.. "woi,lepas laa!! sakit tahu tak.." tapi,dia buat tak tahu jew waktu tu..masa tu,aku rasa macam nak nangis dah..ye laa,sebelum ni tak ada pun orang yang buli aku..aku takut!!

sudah puas aku pujuk dia supaya lepaskan pegangannya pada beg aku..tapi,dia tak nak..selagi aku tak bagi duit kat dia..lastly,aku nekad..aku kena lawan dia..masa tu,memang aku nak larikan diri dengan menggunakan sepenuh tenaga aku..tapi,hampeh!! tak berjaya..akhir sekali,aku nampak mak aku,on the way nak masuk kereta..so,dia terpaksa lepaskan aku..bila sampai jew kat rumah,aku baru perasan beg aku rosak..angkara mamat tu!! sedih sangat-sangat..aku bagitahu kat mak aku..



keesokannya,mak aku datang kat kelas aku..cari budak lelaki tu..mak aku maki hamun dia..mak aku suruh dia janji jangan kacau aku lagi..mak aku tarik telinga dia sebagai balasan dia tarik beg aku..merah padam telinga dia..kesian.. :(
lepas kejadian tu,tak ada siapa yang berani kacau aku..happy sangat-sangat..

kenangan yang seterusnya ialah ada budak lelaki sorang ni,suka sangat kacau aku..dia suka usik aku..usik yang macam mana?.. dia usik aku dengan menunjukkan buku lalinya yang boleh bergerak tanpa menggerakkan kakinya..tapi,aku geli sangat-sangat..aku tak suka dia buat macam tu..
hmm,yang aku tak suka tu la yang dia suka buat..suka sangat usik aku..kalau free jew,mesti dia panggil aku..nak usik aku..agak-agaknya,sekarang dia nak usik aku macam tu lagi ke?.. dah besar,tak mungkin.. :)

aku rasa sampai di sini sahaja coretanku..jumpa di lain coretan..mata ni dah mula layu dah..good nite buat semua..have a sweet dream.. wassalam~

No comments:

Post a Comment