Powered By Blogger

Friday, 11 October 2013

~smile~2

hai semua.. jom sambung dengan entry seterusnya..
kali ni,aku nak cerita pasal kehidupanku di Universiti Malaya (UM).. lebih tepat lagi Universiti Malaya Nilam Puri (UMNP)..Nilam Puri ni cawangan kepada UM laa lebih kurang..induknya kat KL.. UMKL.. semester 1 aku ditempatkan dalam majmuah 1.. M1S1.. majmuah ni perkataan arab..maksudnya kumpulan..lebih kurang cam kelas or group laa..ada 6majmuah untuk course Asasi Pengajian Islam (API) dan 2majmuah untuk course Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIDS)..firstly,aku rasa agak rezup bila ditempatkan dalam majmuah1..yela,kelas pertama,mesti laa hebat-hebat kan..aku ni siapa laa..hanya biasa-biasa jew..tak layak rasanya untuk berada dalam majmuah tu..tapi,aku think positive..ada hikmah kenapa ALLAH tempatkan aku kat majmuah tu.. :)

aku kena belajar 13subjek semuanya untuk semester1..mak ai,giler laa..macam nak SPM balik je ni..terkejut beruk aku masa dapat jadual semester..
1. praktikal ibadat - ha,ni subjek lebih kepada amali..macam solat sakit,sembelihan,wudhu',tayammum and so on..subjek dibawah Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) laa lebih kurang..
2. mutolaah - subjek ni kalau dalam Bahasa Melayu macam kefahaman laa lebih kurang..ada teks,jawab soalan..buat ayat..bagi perkataan seerti dan berlawan..boleh tahan laa
3. ulum quran - yang ni subjek favourite aku..macam belajar Pendidikan Quran Sunnah (PQS)..ustaz yang ajar subjek ni pun best..
4. sarf - sarf ni macam tatabahasa laa..tatabahasa arab
5. nahu - ni pun sama..tatabahasa jugak ar lebih kurang
6. tajwid - belajar tajwid Al-Quran..kena menghafal 3 surah yang ditetapkan.. Al-Mulk, As-Sajdah,Yasin..lepas tu kena tasmik (baca depan ustaz)..setiap minggu belajar hukum-hukum tajwid..mengaji..setiap orang mesti kena baca Al-Quran dengan tajwid yang betul setiap minggu..ada markah untuk setiap bacaan..best mendalami ilmu Al-Quran..tenang jiwa
7. maqal- buat karangan laa jawabnya..aku ni tak pandai sangat bab-bab nak mengarang ni.so it is a little bit hard for me
8. english - ni laa satu-satunya subjek yang tak ada tulisan dari kanan ke kiri.. i love english.. belajar english lagi best dari belajar arab..tapi,aku kena belajar arab juga..tu kan bahasa syurga :)
9. hadis mukhtarah - ni kaji hadis..belajar hadis 40..tapi untuk semester ni,belajar 32 hadis sahaja dulu..kena hafal hadis-hadis tu dan faham maksud..kaji hadis pun best :)
10. balaghah - balaghah ni macam sastera ar..kiasan-kiasan arab..kata-kata puitis..camtu ar..ustaz yang ajar subjek nim best..
11. muhadathah - macam berdialog laa lebih kurang..subjek ni banyak ajar camna nak komunikasi dengan mudah..perkataan dia pun senang-senang..best 
12. nasyatat - setiap minggu ustaz akan panggil untuk kita cakap kat depan dewan kuliah..nasyatat ni kena gabung dengan 4majmuah taw..ustaz akan bagi tugasan laa..pastu, kita cakap apa yang kita dah buat tu..kena cerita pasal family laa, ucapan tahniah untuk kawan, ucapan takziah laa..belajar buat surat laa..camtu ar lebih kurang
13. MPS - MPS ni pemantapan sakhsiah..ada mentor..ustaz akan suruh kita baca Al-Quran..lepas tu,sama-sama fahami makna ayat-ayat suci Al-Quran tu..lepas tu,ada yang kena bentang pasal tajuk dalam buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam?'..lepas tu,sama-sama bincang.. and last, berdiskusi tentang isu semasa..bersoal jawab bermacam soalan..

fuh! giler banyak subjek aku..jadual pun bukan main padat lagi..everyday,start pukul 8 pagi kecuali hari Khamis,pukul 9 pagi..paling lewat habis kelas pukul 5 petang.. paling awal,pukul 4 petang..setiap hari Rabu,tak ada kelas..tapi,ada program kat dewan, jam 8.30 sampai 12.30..program bahasa Arab..Muntada nama program tu.. :)

ok..time to sleep now..besok aku sambung story mory balik pasal ni ye..hehe
good night to all of you..sleep tight,sweety..sweet dreams.. :)

No comments:

Post a Comment