Powered By Blogger

Thursday 13 June 2013

varsiti kesayanganku~ part 1

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.. salam sejahtera dan selamat malam..hehe
alhamdulilah,aku sudah bergelar mahasiswi di sebuah universiti terulung di Malaysia..ha,mana lagi kalau bukan universiti nombor 1 dalam Malaysia, Universiti Malaya..






ni laa logo universiti kesayanganku.. :)


yang ni pula, logo akademi pengajian aku.. Akademi Pengajian Islam.. fakulti Nilam Puri,Kota Bahru, Kelantan..so, aku adalah mahasiswi Universiti Malaya Nilam Puri (UM NP)..hehe
jom ikuti apa aktiviti aku sepanjang tiga minggu dah bergelar mahasiswi..




tanggal 26 Mei 2013, aku perlu mendaftarkan diri di bumi Nilam Puri..lebih kurang jam 7pagi, aku bertolak dengan parents dan akak..adik aku tak ikut pun sebab diorang ada kelas tambahan..almaklumlah,kan dah cuti sekolah..sebenarnya,aku jealous sangat..orang lain dah start cuti,aku pulak kena pergi belajar..hukhuk tapi,tak mengapa..demi ,mencari ilmu,aku tabahkan hati walaupun hati kecilku meronta-ronta tak nak meninggalkan family tercinta,rumah kesayangan,tak nak tinggal semua... :'(

kerana terlalu sebak, air mataku keluar dengan laju saat aku memeluk ibuku..entah mengapa,berat hati ini bila ibu tiada di sisi..meninggalkanku di bumi Nilam Puri ini..aku ni bukan biasa ditinggalkan jauh-jauh macam ni..memang la, tak ada laa jauh sangat Terengganu dengan Kelantan..tapi,aku tak biasa berdikari kat negeri orang..aku takut..aku takut aku tak boleh carry on kat universiti masyhur ni..ye la,universiti yang top ni, memang kena struggle betul-betul..dah laa guna bahasa Arab dan bahasa Inggeris sahaja.. main language is Arabic..aku ni bukan la terror sangat Arabic and English..kalau bahasa Melayu tu aku pandai la, sebab tu bahasa kebangsaan..bahasa yang aku guna saban hari..tiap waktu tiap ketika..

DOAKAN YANG TERBAIK BUAT AKU.. tu laa kata-kata keramat aku sebelum aku melangkah ke bumi Nilam Puri..aku pesan kat semua yang tersayang, (parents,sibling,friends)... !!




selepas tanganku melambai pemergian ibu bapaku untuk kembali pulang ke Terengganu,aku menangis sebak..tak tahu mengapa, berat kaki ini hendak melangkah masuk ke bilik, B021..
selepas dua jam berada di dalam Dewan Johor bagi perasmian Minggu Haluan Siswa (MHS), aku minum petang dan solat Asar..jam 5petang pula, semua siswa siswi dibahagikan kumpulan bagi tempoh masa seminggu..aku Kump 1 (Al-Falah).. syukur alhamdulilah,aku satu kumpulan dengan schoolmate aku, Yana dan Akim.. :)
waktu makan malam pula,sekali lagi aku menangis..entah mengapa,saat aku memandang rezeki di hadapanku,wajah-wajah tersayang bermain di fikiranku..mak,ayah,adik,akak,abang!! aku rindu korang!! namun,segera ku seka..malu laa nangis depan orang..hehe
buat kali yang seterusnya,waktu muhasabah diri,sekali lagi aku mengalirkan air mata..oh,Jafniey kenapa kuat sangat nangis hari ni? ingat ALLAH ada bersamamu sayang.. ALLAH ada..kuatkan diri taw.. aku sengaja memberi kata-kata semangat buat diri sendiri agar aku lebih cekal dan tabah macam orang lain.. Jafniey Syahana,u can do it!! chaiyok!!

hari kedua MHS,
taklimat pengajian, taklimat perpustakaan,pengukuhan bahasa Arab,motivasi.. petang tu, ada riadah sikit..aku masuk badminton dengan Liana,budak Perak..yang lain masuk bola tampar dan bola jaring..yang tak masuk apa-apa kena practise tarian untuk senamrobik.. ha,lupa nak cakap..pagi-pagi ada senamrobik,lepas kuliah Subuh..kami kena buat tarian (Renjis,Corner,Pusing,Forward)..memang syok habis laa..kena nyanyi lagu Demi Matahari..lepas tu,at the end,kami sudahi dengan Doa Dhuha.. :)





hari ketiga MHS,
kuliah subuh,senamrobik,taklimat penginapan,suaikenal dengan pensyarah,pengukuhan bahasa arab,sukan,forum.. sukan,dah bertanding dah..sorry to say,aku kalah dalam pertandingan beregu..tapi kekalahan ku bukan salah kami,salah pengadil yang tak adil..ada ke patut,markah yang kumpulan aku dapat,dia bagi kat pihak lawan..memang tak adil kan..bayangkan kami kalah 21-8.. tak logik sangat-sangat..memang kami tak pro sangat,tapi takkan 8 jew yang kami dapat..yang kedua 21-15 rasanya.. apa-apa pun aku redha..dah rezeki pihak lawan dapat menempah tempat ke pusingan akhir.. kami halalkan dan maafkan kesalahan pengadil :) rezeki kami ada kat lain agaknya..hehe





hari keempat MHS,
enjoy sangat-sangat hari ni..kerana tiada taklimat..happy sampai ke telinga dah..hehe macam biasa,kuliah subuh dan senamrobik..kemudian pengukuhan bahasa Inggeris..tak bosan langsung..





ni laa aktiviti kami..bina sebanyak mungkin perkataan English daripada huruf yang kami dapat.. kemudian,explorace kepenggunaan..kumpulan Al-Falah merupakan kumpulan yang terakhir bergerak dari Dewan Johor..this is because,kitaorang terlalu mengambil masa untuk mencipta trademark..memang kalut laa jugak bila tengok tiga kumpulan tu dah tiada dalam dewan..oh no!!




ternyata kami lebih tangkas..Al-Falah boleh!! kami mendapat naib johan..petang tu pula,pertandingan rekacipta..kekeringan idea,kami tak tahu nak buat apa..ops,silap..bukan kami..aku jew yang tak ada idea sebenarnya..hehe aku follow jew..tolong pun sikit jew..at least tolong,kira ok dah tu..hehe

ikhwah kumpulan aku..aku tabik springg kat korang!!! (Y)

ni hasil karya akhowat kumpulan aku..apa benda la agaknya ni? *think*


masih sempat akhowat bergambar..cheer up,ladies!! :)

kami bertiga ,GENG!! peace yo! budak ganu ni..hehe

malam kemuncak. persembahan pentas..korang tengok video ni taw..hehe


1 comment:

  1. nice story my dear. all the best and brace up! <3 u XOXO :D

    ReplyDelete