Powered By Blogger

Tuesday 21 May 2013

my second interview~

assalamualaikum dan selamat malam.. :)
busy tahap tak tahu nak cakap apa dah ni..tapi still ada masa untuk menaip segala bagai..but,never mind because i like to these actually..hehe
tanpa membuang masa,aku nak story mory sikit pasal interview kedua aku..13 Mei 2013.. cuba korang bayangkan ok,dari satu tarikh kepada satu tarikh,pihak IPG tangguh untuk semakan temuduga..selepas seminggu kepada satu minggu seterusnya..namun,aku sebagai manusia harus bersabar..apa orang putih selalu cakap tu.. ha,BE PATIENCE!





that statement is true,right?
so,alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana aku berjaya dapat temuduga IPG..tanggal 6 Mei tak akan aku lupakan..ye laa,mana taknya..at first,masa bulan April..lepas tu tangguh seminggu..lepas tu bulan Mei pulak..dan akhirnya,tiba juga 6 Mei yang ku nantikan..

IPG kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis,Pahang... course pendidikan islam.. 13 Mei 2013.. bilik A.. jam 8.30pagi ujian INSAK.. 10.45pagi temuduga..

hari sabtu tengah hari,lebih kurang pukul 12.30tengah hari,aku bertolak dari rumah kesayanganku ini..bersama dengan parents tercinta dan atuk nenek pun turut serta..perjalanan yang memakan masa hampir 6jam(ayah aku yang drive)..kalau orang lain mungkin ambil masa 5jam sahaja agaknya..petang tu,aku berehat kat rumah pak saudara aku..penat sangat rasanya walaupun dalam kereta aku tak buat apa-apa pun..hehe

keesokannya,13 Mei.. selepas sarapan dan bersiap,aku bertolak untuk ke IPG..berdebar sangat-sangat..ujian INSAK tak ada masalah sangat sebab cuma jawab YA atau TIDAK, WAJAR atau TIDAK WAJAR, SETUJU atau TIDAK SETUJU..135 soalan dalam masa 30 minit..aku hanya mempunyai lebihan masa sebanyak 5minit sahaja..ok laa tu kan :)

jam di tangan menunjukkan 11pagi,namun kumpulan aku masih tak dipanggil-panggil..selepas beberapa minit,kami dipanggil masuk..sebelum masuk,kami diminta untuk menurunkan tandatangan pada kertas yang tertampal pada pintu.. AMIN? tak hadir... seterusnya, JAFNI.. ustaz tu pandang budak lelaki kat belakang aku..dia suruh budak tu datang dan tandatangan..aku dengan segera mengangkat tangan dan berkata "SAYA!!".. memang tak boleh nak lari kan..selalu je orang ingat nama aku lelaki..huhu

6orang daripada 8orang masuk ke dalam bilik untuk ditemuduga..
sesi 1: perkenalkan diri
sesi 2: lihat video dan terangkan apa yang anda faham : MBMMBI
sesi 3: speak english :EDUCATION
sesi 4: cakap arab : RASULALLAH QUDWAH HASANAH
sesi 5: cakap bahasa asing : satu ayat sahaja

alhamdulilah,dapat tajuk MBMMBI..tajuk yang agak senang..syukur sangat-sangat.. sesi 1,aku orang last yang bercakap..sesi 2 dan 3,aku orang first yang kena cakap.. sesi 4 dan 5,aku orang yang ketiga bercakap..so far so good..lega bila dah habis interview...

ye,pengalaman masa interview pertama dah ada..jadi,untuk interview yang kedua ni,kira ok laa.. bagus..





ok laa,dah lewat sangat ni..lagipun aku ada kerja nak buat sikit..aku rasa tu je laa yang aku nak cerita.. walaupun jauh,tapi demi harapan seorang ibu,aku study dan pergi temuduga tu..ya ALLAH,permudahkanlah urusan hambaMU ini..amin ya rabbal alamin.. :)

next story aku tak cerita dah pasal interview because i think this is last interview for this year..hehe

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete