Powered By Blogger

Saturday 4 May 2013

my first interview~

assalamualaikum pembuka bicara.. :)
dah lama rasanya tak post entry..dah berhabuk dah blog ni..tapi,tak apa laa..almaklumlah,aku sedikit busy sejak dua menjak ni.. jom ikuti cerita aku kali nim..berlepas ke KB.... :)

ha,korang mesti tahu kan,ni logo apa? ha,ni laa lambang Universiti Malaya (UM).. alhamdulilah,aku dapat tawaran untuk temuduga di Kota Bahru,Kelantan..UM,course asasi pengajian Islam..

seawal jam 4pagi,Isnin,29April 2013,aku dah dikejutkan oleh bonda tersayang..dalam keadaan yang masih mengantuk,aku gagahkan diri untuk masuk ke bilik air..setelah hampir 30minit aku mengambil masa untuk bersiap,kami sekeluarga bertolak ke KB... perjalanan yang memakan masa hampir 3jam sudah cukup untuk aku tidur,bangun,lepas tu tidur balik,bangun balik..hahahhaha

tepat jam 7.30pagi,aku dah sampai kat U tersebut..UM Nilam Puri..haha then,aku and family (mak,ayah,adik) pergi mengisi perut yang dah berbunyi-bunyi mengikut rentak masing-masing...pagi-pagi tu aku makan nasi lauk ayam dan segelas milo panas..fuhh! berasap lidah aku rasanya..

jam 8pagi,UM telah dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan di kawasan lapang tersebut..termasuk lah kereta Exora kepunyaan ayah aku...lepas tu,aku dan budak-budak yang lain diminta untuk mendaftarkan diri..selepas tandatangan kehadiran,kami diminta untuk duduk dalam kumpulan masing-masing..aku,kumpulan 7..kawan aku pulak,kumpulan 8..ha,lupa nak cakap! kebetulan,aku dan kawan aku,Yana dapat tawaran yang sama..so,masa sampai kat UM,aku jalan dengan dia laa...

"Eh,group awak semua lelaki la..",kata Yana..

"Ha? Biar betul!", terkejut gila bila tahu aku seorang jew perempuan dalam kumpulan tu..tapi,nak buat macam mana..redha je laa..kumpulan Yana semua perempuan..

kemudian,kami semua diminta untuk mengisi satu borang yang keseluruhannya berbahasa Inggeris..kumpulan aku dah penuh dah..aku dan empat orang lelaki.. ada satu budak lelaki ni,pakai baju hitam berjalur-jalur..fuh, aku suka sangat tengok baju dia..hensem! wow, siap bersongkok! memang boleh jadi ustaz pilihan nim..tup-tup,dia duduk sebelah aku..tapi,bila seorang lagi lelaki datang,aku kena beralih tempat..so,kiranya aku,budak laki baju putih,budak laki baju hitam jalur-jalur,budak laki baju kuning bersongkok dan budak laki baju kuning tanpa songkok..ha,cukup 5orang ahli kumpulan 7.. (Y)

"Jafni!"
terkejut jugak aku bila ada yang memanggil..siapa pulak yang panggil aku tetiba nim? hurmmmmm......
aku pun berpaling ke arah kanan..chop! budak yang aku puji tadi laa..ceh,kawan aku rupanya! bukan main lagi aku puji..rupa-rupanya kawan sendiri..hahhaha

"Eh,ada jugak dia kat sini?" balasku sedikit terkejut dengan kehadirannya..lebih-lebih lagi satu kumpulan denganku...
"Ada la. Datang dengan siapa?" soalnya..
"Mak ayah la" balasku sambil tersenyum..hurm,tak sangka dia pun dapat temuduga ni..ye laa,budak straight A's mesti sibuk untuk interview oversea kan..bukannya U tempatan..hahhaha

hampir 2jam aku terpaksa berkurung dalam bilik tu..akhirnya,kumpulanku dipanggil untuk pergi ke bilik temuduga..kami berjalan mengikut arahan yang diberikan oleh pensyarah kat U tu..

aku melangkah dengan bacaan Bismillah semasa masuk ke bilik temuduga bersama-sama ahli yang lain..aku mengambil tempat di hujung sekali..almaklumlah,satu-satunya perempuan dalam group tu..setelah memperkenalkan diri,kami diminta untuk berbincang satu tajuk,iaitu "ICT,kebaikan dan keburukan"... setelah 30minit sesi perbincangan antara kami berlangsung,kami semua bersedia untuk keluar...alhamdulilah,selesai sudah temuduga yang aku kira so far so good! :)

ok,aku nak puji sikit lagi boleh tak? memang aku terpegun sangat dengan tiga jejaka dalama kumpulan aku tu..eh,jangan fikir bukan-bukan pulak,ye..aku terpegun dengan kepetahan mereka berkata-kata,seolah-olah aku sedang mendengar ceramah agama..ada hadis dan ayat Al-Quran yang disebut dalam setiap kata-kata mereka..aku tabik kat korang!!! (Nasaruddin,Hakim,dan mat Klate)...

lebih kurang jam 12tengah hari,aku bertolak pulang..penat pun dah terasa sangat-sangat..bukan penat berjalan,tapi penat menunggu giliran tadi..huhu 2jam menunggu,siapa tak penat,kan? :)

ok laa,sampai di sini saja entry aku kali nim..dah panjang sangat kut celoteh aku..hehehe

p/s: see u next time on the next enry!!


3 comments: