Powered By Blogger

Saturday, 23 March 2013

pengalaman dalam result spm

hurm,debaran dah hilang begitu sahaja..almaklumlah, result SPM dah keluar ari khamis baru-baru ni..huhu
assalamualaikum semua..entry kali ini,aku sekadar nak berkongsi pengalaman waktu pergi ambil result SPM..alhamdulilah,ku panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan keputusan yang aku dapat..7A4B..
syukur sangat-sangat kerana ini yang aku mampu buat..aku rasa dah puas hati,walaupun sedikit hambar kerana aku berjaya menghancurkan harapan seorang ibu.. almaklumlah,ibu aku target aku 9A..tapi,aku hanya mampu beri 7A sahaja..maafkan alang,mak..bukan sengaja aku nak lukakan hati mak..tak terlintas pun untuk aku buat macam ni..dah berapa kali aku berpesan kat mak aku jangan target aku tinggi..aku tak mampu..aku tak boleh..sekarang,tengok laa apa yang jadi...

aku tak pernah nak menyalahkan takdir..malah aku rasa bersyukur atas segala yang diberiNYA.. semuanya ada hikmah yang begitu indah..kan? :)

sekarang,aku nak kongsi beberapa perkara yang pelik tapi benar sepanjang 3bulan sebelum result SPM keluar..perkara ni adalah pengalaman yang aku alami sendiri..

PMR vs SPM~
 target aku masa PMR adalah 7A2B... SPM, 6A5B..
1. masa PMR, target aku tak tercapai lansung..alhamdulilah,aku dapat 9A.. syukur ke hadrat ILAHI tidak terhingga.. masa SPM pula, aku dapat 7A4B..capai target.. satu perbezaan yang amat ketara waktu PMR n SPM..

2. dua minggu sebelum result PMR keluar,aku tak ada perasaan pun..'feelingless'.. langsung tak nervous,tak berdebar..tapi SPM, dua minggu sebelum result keluar,aku seperti ayam berak kapur dah.. tak senang duduk..huhu

3. tibanya hari yang dinanti...result keluar..
PMR: jantung tak berhenti-henti berdegup dengan kencang..tangan sejuk semacam jew..macam jumpa hantu..parkinson pun tentu sekali ada..terketar-ketar tanganku..muka pucat macam mayat hidup..nervous semacam jew...
SPM: dup..dap..dup..dap...tiba-tiba degupanku seolah-olah berhenti saat masuk ke sekolah..tak ada perasaan gementar or apa-apa yang berkaitan.. feelingless!

4. mimpi petunjuk..
PMR: aku tak pernah mimpikan apa-apa pun tentang peperiksaan..lansung TAK!
SPM: aku mimpi aku sedang jawab periksa..soalan yang keluar..CHEMISTRY dan PENDIDIKAN QURAN SUNNAH..tapi,kuasa ILAHI,aku hanya nampak mimipi aku ditayang kembali apabila aku dah masuk ke dewan peperiksaan..alangkah indahnya jika sebelum kaki ini melangkah masuk,semuanya dah bermain di fikiran kan..hehe

5. tangisan
PMR: aku menangis gembira..tak sangka aku dapat straight A's.. tak sangka target aku tak tercapai..tak sangka target mak aku,8A1B juga meleset..tak sangka aku mendapat satu pelukan dari ibu kesayangan.. aku menangis puas-puas kerana dapat menggembirakan hati mak..

SPM: aku menangis atas dua faktor..pertama,target aku tercapai..subjek agama aku skor..alhamdulilah..
faktor kedua,aku hancurkan harapan mak aku..anak mana yang tak sedih kalau berjaya musnahkan harapan orang tua..kan?






tahniah kepada sahabat-sahabatku yang cemerlang.. sebenarnya,aku sangat mencemburui kalian.. aku tak dapat lagi bersama kalian..sedihnya :'(
tapi tak apa..aku berpegang pada prinsip..biar berpisah di mata..tapi jangan berpisah di hati dan ingatan..always remember me,ok?... aku sentiasa ingat korang dalam jaga dan tidurku..hehe

p/s: my result is 4A+ 1A 2A- 2B+ 2B... syukur ya ALLAH..alhamdulilah atas rezekiMU ini.. :)
gud luck to my bestfriend, shah n she4.. gud luck korang berdua!! aja2 fighting!

Friday, 22 March 2013

kelahiran baru :)

asslamualaikum pembuka bicara buat blogger-blogger sekalian..
tetiba saje terasa nak buat entry macam ni.. almaklumlah,dah dapat kelahiran baru dalam keluarga.. tepat jam 5.45pagi (lebih dan kurang), pada hari ahad,17hb Mac, satu tangisan yang tak berapa nak kuat sangat kedengaran kat labour room.. tangisan yang cukup menggembirakan buat mereka yang bergelar ayah dan ibu..tak terkecuali,aku sebagai adik kepada seorang ayah..alhamdulilah,ku panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan baby girl buat abang lesayanganku..


ha,amacam? kiut miut kan?.. hehe alhamdulilah,sekali lagi rasa syukur terhadap sang Pencipta kerana kakak ipar aku selamat dan mendapat baby girl yang secomel ini.. :)
nampaknya,anas naufal (my nephew) tak sabar nak balik kampung jumpa sepupu baru laa.. ada jugak dia tempat nak berkawan nanti..ei,tak sabarnya tunggu kepulangan anak-anak saudaraku..haha

ok laa,aku ucapkan selamat pagi kat semua..good morning you alls..huhu
p/s: a simple entry from me ^_^

Thursday, 21 February 2013

i miss u~

assalamualaikum...selamat petang..hurm,pejam celik dah nak masuk bulan Mac dah kan..kejap jew masa berlalu..hari-hariku sentiasa dipenuhi dengan pelbagai perasaan..kejap happy kejap bosan kejap enjoy kejap itu..kejap ini..tapi apa yang aku tahu ialah aku sentiasa merinduinya..i miss u so much!!






ha,jangan nak salah paham pulak...i miss u,my friends..miss so much!!!
betul laa orang cakap,3bulan tu lama..walaupun pada awalnya,kita semua selalu cakap 3bulan,macam-macam boleh wak..ei,tak sabarnya nak habis SPM...tapi,bila dah lalui 3bulan nim...oh my God,bosannya..i miss my school so much..my friends,teachers and others.... :)

tiap-tiap hari ku isi dengan pelbagai perkara..tapi,bosan beb kalau tak ada kawan di sisi..i feel lonely..hukhuk
semua kenangan dengan kawan-kawan aku sentiasa bermain kat kepala hotak aku nim..selalu jew terfikir adakah diorang pun ingat kat aku macam aku ingat kat diorang? harap-harap diorang sentiasa ingat kat aku walaupun tak contact selalu..

actually aku sedih sangat..tak tahu la kenapa..rindu sangat-sangat kat kawan aku sorang nim...my best friend forever,SN...i'm waiting for u,my dear..whatever it is,u always be in my heart.. <3

sorry,entry aku kali nim entah apa-apa..almaklumlah,fikiran ngah bercelaru nim..hehe


Friday, 28 December 2012

sahabat~

assalamualaikum dan selamat malam.. :)
pada malam ini aku sekadar ingin berkongsi satu artikel yang aku baca dalam satu risalah Islam.. ye laa,aku dah tak ada idea dah ni..asyik-asyik cerita benda yang sama jew kan..bosan~
jom kita ikuti artikel yang bertajuk : KERANA DIKAU SAHABATKU

Apabila berbicara mengenai sahabat, pastinya semua insan inginkan sahabat yang dapat memahaminya, setia dalam suka mahupun duka dan pelbagai lagi kriteria yang ditetapkan bagi menjadi sahabat yang baik. Namun, pernahkah kita lihat pada diri kita sendiri. apakah kita sendiri sudah cukup memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan itu?

Maka, di sini saya ingin mengajak anda semua untuk merenungi satu perkongsian mengenai persahabatan.

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri. Tetapi dalam bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nantikan kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.



Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk dia bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia.

Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...


 Kalau kita faham bahawa ukhuwah tertinggi adalah itsar (melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, nescaya semua orang akan menjadi sahabat yang baik, tiada rasa iri hati bahkan sentiasa menginginkan kebaikan untuk sahabatnya.

Namun, apa yang paling penting ialah kita dapat mencari seorang sahabat yang dapat mendekatkan kita kepada Allah S.W.T, bukannya mendorong kita ke arah kemurkaan Allah..

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika kita tersalah memilih sahabat, kita akan merana dan menerima padahnya. Ini selari dengan hadis Rasulallah SAW yang bermaksud:

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya. Oleh iti, hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya"    (Hadis riwayat Abu Daud)

Maka,sama-samalah kita mencari dan menjadi sahabat yang baik.. Wallahua'lam~

p/s: terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku, rakanku, temanku, classmateku n so on... thanks for everything friends..sorry for everything..and please remember that we always be a friends....

kerana Allah kita bersahabat..jangan lupakan aku taw.. :)
may your life be blessed,friends.. i love all of u..thanx for being my friend~

wassalam~

Thursday, 27 December 2012

kenangan terindah 1~

assalamualaikum semua..tanpa kita semua sedari, minggu depan dah masuk tahun baru kan..sekejap jew masa berlalu..begitu pantas..pejam celik jew, dah nak habis tahun 2012 kan..so,mesti banyak kenangan yang terukir dalam tahun tersebut kan..jom,ikuti kenangan yang pernah aku lalui pada zaman sekolah rendah..nanti,aku kongsi kenangan sekolah menengah pulak..ok.. :)

hmm,sekarang kita mulakan dengan darjah 1,ok.. kenangan yang takkan ku lupakan ialah beg aku rosak disebabkan seorang budak ni..sakit hatiku dibuatnya..begini alkisahnya.....

masa tu waktu nak pulang dari sekolah..macam biasa,aku keluar dari kelas..tiba-tiba ada la budak kelas aku ni panggil aku..aku tanya la dia..

aku : nak ape?..
dia : nak duit sikit boleh?..
aku : tak boleh..
dia : boleh laa..eh,kau anak cikgu kan?..
aku : kenapa?
dia : jawab laa..aku tanya..

aku angguk jew laa..malas dah nak jawab..lepas tu,dia mintak duit dengan aku..aku cakap laa yang aku tak ada duit..memang duit aku dah habis dah masa tu..memang tak tipu pun..tapi,dia tak percaya..aku seluk tanganku ke dalam kocek bajuku..memang kosong..tak ada duit satu sen pun.. disebabkan aku malas nak layan budak lelaki tu,aku pun beransur-ansur mengundurkan diri darinya..belum sempat aku nak lari,dia capai beg sekolah aku..terkejut sangat-sangat waktu tu..aku pun suruh laa dia lepaskan beg aku.. dia tarik beg aku dari belakang..so,aku memang tak boleh nak bergerak selagi tanggannya masih terlekat pada beg sekolahku.. "woi,lepas laa!! sakit tahu tak.." tapi,dia buat tak tahu jew waktu tu..masa tu,aku rasa macam nak nangis dah..ye laa,sebelum ni tak ada pun orang yang buli aku..aku takut!!

sudah puas aku pujuk dia supaya lepaskan pegangannya pada beg aku..tapi,dia tak nak..selagi aku tak bagi duit kat dia..lastly,aku nekad..aku kena lawan dia..masa tu,memang aku nak larikan diri dengan menggunakan sepenuh tenaga aku..tapi,hampeh!! tak berjaya..akhir sekali,aku nampak mak aku,on the way nak masuk kereta..so,dia terpaksa lepaskan aku..bila sampai jew kat rumah,aku baru perasan beg aku rosak..angkara mamat tu!! sedih sangat-sangat..aku bagitahu kat mak aku..



keesokannya,mak aku datang kat kelas aku..cari budak lelaki tu..mak aku maki hamun dia..mak aku suruh dia janji jangan kacau aku lagi..mak aku tarik telinga dia sebagai balasan dia tarik beg aku..merah padam telinga dia..kesian.. :(
lepas kejadian tu,tak ada siapa yang berani kacau aku..happy sangat-sangat..

kenangan yang seterusnya ialah ada budak lelaki sorang ni,suka sangat kacau aku..dia suka usik aku..usik yang macam mana?.. dia usik aku dengan menunjukkan buku lalinya yang boleh bergerak tanpa menggerakkan kakinya..tapi,aku geli sangat-sangat..aku tak suka dia buat macam tu..
hmm,yang aku tak suka tu la yang dia suka buat..suka sangat usik aku..kalau free jew,mesti dia panggil aku..nak usik aku..agak-agaknya,sekarang dia nak usik aku macam tu lagi ke?.. dah besar,tak mungkin.. :)

aku rasa sampai di sini sahaja coretanku..jumpa di lain coretan..mata ni dah mula layu dah..good nite buat semua..have a sweet dream.. wassalam~

Wednesday, 12 December 2012

3 hari 2 malam

Assalamualikum buat semua.. hmm,dah berapa lama ye aku tak update blog..rasenye dah berbulan-bulan dah kan..ye laa,aku busy tahun ni..almaklumlah,tahun ni kan aku ambil spm..so,kena serius sikit bile belajar..tak boleh main-main dah..dan memang aku dah janji dengan family aku especially my parents and brother : aku takkan buke fb and maen blog lagi selagi spm tak habis.. janji ni dah termaktub sejak bulan jun yang lalu..dan aku berjaya tunaikan janji aku dengan baik sekali.. :)

habis spm bagi student sekolah aku ialah pada 5hb 12..keesokannya,kami tetap kena pergi sekolah untuk hantar buku teks..7hb, bermulalah holidayku 3 hari 2 malam bersama family tercinta..

so,macam biasa destinasi aku sekeluarga ke Perak Darul Ridzuan..pergi ke rumah Kak Long aku..hmm, jom ikuti percutianku selama 3hari 2malam ini..

pagi,7hb Disember 2012..jam 7pagi..
barang-barang yang hendak dibawa dah dikeluarkan..semuanya dimasukkan ke dalam kereta milik ayah and abang..kedatangan atuk dan nenekku yang ditunggu-tunggu selama beberapa minit telah muncul jua..lebih kurang jam 7.30pagi, kami sekeluarga bertolak ke rumah saudara kami di Setiu..aku,kakak ipar,nenek and atuk naik kereta yang dipandu abang..yang selebihnya, naik Proton Exora yang dipandu ayahanda tercinta.. setibanya di rumah mak sedare aku,kitorang sembang-sembang,makan-makan.. tepat jam 8.45pagi,empat buah kenderaan bergerak seiring..kereta ayah,abang,pak sedare aku yang Setiu,and pak sedare aku yang duk kat Tok Jiring..

aku,adik,sepupu aku,kakak ipar and abang masing-masing buat bising dalam kereta..duk sembang-sembang..bila masuk jew negeri Kelantan,mata aku dah start mengantuk dah..tanpa mempedulikan sesiapa,aku terus tidur..bila terjaga, aku lihat pemandangan di kiri dan kanan jalan..sekali sekala, aku lihat sepupu aku yang enak dibuai mimpi..adik masih belum tidur lagi..sama macam abang..

hmm,bila ada sebuah kereta yang ketinggalan jauh di belakang,3 kereta di hadapan akan menunggu.. kereta yang aku naiki tak pernah ditunggu oleh sesiapa..tapi,kami yang menunggu diorang..almaklumlah, diorang ada anak kecil yang nak dijaga..macam-macam ragam..muntah la,pening la,mabuk naik bukit n so on.. selepas meredah negeri Kelantan,jeli..kita daki bukit la pulak..naik bukit Gerik..melalui banjaran Titiwangsa.. hijau pemandangan di kawasan bukit..indahnya ciptaa Tuhan..

pendekkan cerita..setelah 9jam perjalanan,kami sampai ke rumah akak..namun,tiada orang di situ..aku cepat-cepat call akak..
"kitorang dah sampai ni..akak gi jalan mane?"
"ha,dah sampai ke?.. ingatkan lambat lagi korang sampai.."
ku lihat kelibat seseorang yang berjalan menuju ke arah kami..dengan segera, ku hulur tangan untuk mendukung baby boy aku,my nephew.. :)

cepat-cepat anak sedare aku peluk aku..seriusly,aku rindu dia!! then,kami rehat-rehat..almaklumlah,semuanye penat especially 4orang driver..ayah terus tergolek atas lantai..abang dah start rasa penat..wife dia urutkan kepala dia..sian kat abang..malam tu,tak jalan kat mane-mane pun..just relax..

pagi,8hb, sabtu..lepas sarapan,pakat tengok tv jew..lebih kurang kul 11lebih,abang ipar aku ajak pergi jalan-jalan..excited bukan main kami semua..perjalanan jauh yang teramat..dalam kereta,aku,abang dan kakak ipar masing-masing berteka-teki ke mana abang ipar aku nak bawa kami..Bukit Larut? Bukit Merah? Zoo Taiping? Tasik Taiping? Lost World of Tambun? apabila signal dari kereta Sylphy milik abang ipar aku berkelip, menandakan kereta tersebut akan masuk ke simpang di sebelah kiri..cehh!! nak pergi kat rumah baru jew rupanya...jauh gilerr perjalanan..hmm,tengok jelapang padi yang berhampiran dengan rumah baru milik abang ipar and kakak aku.. beberapa minit kemudian, kami bertolak tapi entah ke mana..almaklumlah kami ibarat rusa masuk kampung..mana la taw jalan-jalan kat perak ni..hatiku berdetik bahawa jalan yang dilalui bukan jalan nak pulang ke rumah..hmm,abang ipar bawa kami ke sekolahnya.. hmm,buat apa kalau setakat nak kenal sekolah..tak de faedahnya..aku and the geng dalam kereta abang dah start tunjuk muka bosan..menyesal aku ikut diorang..kalau tahu,abang ipar aku nak bawa kenal-kenal camni,baik tak payah..baik aku duk rumah,layan anak sedare aku..tengok tv,tolong mak masak..rezup taw tak!!

dalam kul 1 kami sampai ke tempat asal,rumah kakak..terus jew ngadu kat kakak and mak kat umah..abang dah start pening..bad mood dah!! disebabkan rezup,lepas makan,aku terus tidur..petang tu,akak ajak pergi jalan-jalan..pergi Tasik Taiping..hmm,ari tu dah pergi dah..sekarang,nak pergi pulak?.. tapi,tak pe laa,pak sedare and mak sedare aku belum pergi lagi..jauh jugak perjalanan kami..cukup memenatkan..

kami naik ferry untuk ronda-ronda tasik ni..satu hari nanti,aku nak naik swan boat,nak kayuh-kayuh..huhu.. agak lewat giliran kami pada waktu tu..dalam kul 7,akhirnya siap meronda..lepas tu,singgah kat Tesco,nak beli barang dapur..aku,macam biasa sentiasa melayani kerenah anak sedare aku tu..aku dukung dia..buat dia gelak..so cute!!

ok lah,pendek cerita..happy sangat masa pergi shopping tu..keesokan harinya,ahad 9hb..kami beryolak pulang ke terengganu..hmm,pendekkan lagi cerita..semuanya happy..tapi,mase nak balik semua sedih..ye laa,diorang tak balik terengganu cuti ni..anak sedare aku ar,meraung sekuat mungkin..hmm,dia kini dah mengerti semua nak tinggalkan dia..anas,we miss u a lot!! kami tunggu kepulangan anas tahun depan!!

Jauh perjalanan,luas pandangan,banyak pengalaman.. till we meet on the other day..
wassalam~


Sunday, 27 May 2012

Terkenang Peristiwa Lalu bhgn1

Assalamualaikum semua..dah lama dah tak jenguk blog ni..pejam celik,pejam celik, dah 2 bulan tak buka blog..rindu nak berblog..tapi,masa tak mengizinkan..
hmm,berbalik pada tajuk kita pada hari ini,(terkenang peristiwa lalu)..so,entry aku kali ni,aku nak berkongsi cerita dengan korang tentang perkhemahan aku pada bulan lepas..hehe

24 April 2012
-excited gila aku bila nak bercamping ni..pagi-pagi pergi sekolah,bawa dua buah beg untuk berkhemah..perkhemahan perdana unit-beruniform tingkatan 5 2012..
-lepas assembly,aku pergi ke gerai jualan..erm,lupa nak cakap,..at the same time,minggu kokurikulum sedang diadakan..so,kelab aku adalah buat jualan sikit..tepat jam 9 pagi,aku bergegas ke bilik KKQ..aku sertai pertandingan hafazan,wakil rumah sukan aku..selesai jew pertandingan tu,aku kembali menjalankan tanggungjawab sebagai jurujual di gerai jualan aku..macam biasa,aku sentiasa beramah-mesra dengan adik-adik junior..especially,junior form 2 & form 3..punya lah banyak songeh adik-adik ni..aku promote coklat yang kakak aku buat..mula-mula tu memang ar tak laku,bila aku start proses membodek pelanggan,laku ar jugak..
-perniagaan berasaskan sistem barter pun aku lakukan kat adik form 2 ni..mase tu,aku suruh dia beli coklat aku..dia cakap dia tak de duit ar..then,dia kata, "kak,nak tak cupcake ni?" wow,ade orang nak kasi aku cupcake ar.aku pun jenis yang suka cupcake..so,buat la pertukaran barter..dia ambil coklat,aku ambil cupcake..hehe.. (thanx u,my love junior)
-erm,bila majlis penutup bermula,aku sengaja tak masuk dewan..malas ar..jahat tak aku?..hehe..so,aku tolong member aku jual aiskrim plak..kali ni,Adam tolong aku n Aina,Erny..when all the things are sold out,aku masuk dewan..

-aku naik bas yang last sekali..yang ke-4..hehe..sampai jew kat tapak perkhemahan tu,letak-letak barang..lepas tu,pergi solat zohor..after that,pasang khemah..
punye la tension aku dan kawan-kawan pasang khemah ni..dah la,besi tu patah..tali pun tak elok kat dalam tu..hampeh betul!! selepas penat memasang khemah,aku pergi makan..lepas tu,solat Asar..next,kemas-kemas beg-beg dalam khemah..khemah aku,ada 5 orang..lepas Isya',semua student kena berkumpul kat dewan..kena ikut group..setiap group ada 11 orang ahli..group aku,4 lelaki,7 perempuan..first of all,kena cari ketua dan penolong..after that,kena siapkan moto,lagu dan bendera kumpulan..
apa yang kami buat masa mula-mula..kau tengok aku,aku tengok kau..macam tu ar..masing-masing kaku,termasuk aku..last-last,kami berkomunikasi jugak..moto dan bendera,settle..sekarang,lagu..
AA: lagu serah kat budak perempuan ar..
Aku: kenapa plak?
AA: budak perempuan kan suka menyanyi..
(HS angguk jew)..
setelah aku bincang dengan mereka semua..kami setuju nak ambil lagu Scott's Emulsion..
setelah di adjust..
ku gembira sentiasa
badan ku sihat dan kuat
biar susah atau senang
ku belajar penuh riang...
bila tanya kat  budak lelaki,semua tak tahu lagu tu..
Aku: takkan tak taw lagu ni..
HS: tak..ada ke lagu ni kat tv?
Aku: ada lar..erm,cube try tnye AA(group 1)..
aku pun panggil AA..AA pun nyanyi laa lagu tu..tapi sikit jew..
AA(group1): tak ingat ar..
lastly,budak lelaki group aku(group3) taw lagu tu..tapi,diorang tak nak..so,tukar lagu..
kami sepakat nak ambil lagu 1malaysia jew..
selepas di adjust oleh budak perempuan:
kita 1 jiwa
kita 1 agama
kita 1 keluarga
oooo..
kita 1 bangsa
1 matlamat
kita satu eveready!!

budak laki adjust bahagian ni:
bermulanya sekarang
perjalanan dilaksana
kita semua satu anggota
sehati dan sejiwa..

so,guna yang budak lelaki punya dulu..lepas tu baru yang budak perempuan punye..settle!!
malam tu,lepas ke toilet..aku masuk khemah..duk sembang-sembang dengan Ray dulu..dalam kul 12.30,baru jew nak lelapkan mata,aku dengar riuh-rendah kat luar..aku diamkan diri jew..lastly,aku bangkit dari tidur.. "bising ar!" Ray pun cakap benda yang sama..aku dan Ray tengok keadaan kat luar..riuh teramat sangat..dalam pukul 1,kawan aku sound diorang..senyap sekejap..lantak ah korang semua nak bising ke apa ke..aku kena tidur jugak..tepat 1.30,aku lelapkan mata..paling sakit hati,ada laa dua orang lelaki ni kat luar tu..tapi,langsung tak guna kuasa veto diorang..hampeh ah KORANG!!

sleep well..gud nite~

aku rasa sampai di sini dulu..nanti aku sambung lagi cerita tentang perkhemahan ni ea..nite to all of u..love u~

p/s: saat bersama G3,takkan ku lupakan..masa perbincangan dengan korag semua..BEST!!
memories never die~